17 April 2008

NO PAIN NO GAIN...

DI ANTARA mereka yang selalu melepak dengan aku, dialah satu-satunya kartunis dari majalah Gelagat. Rakan-rakan semajalah dengannya ada jugak turun sekali-sekala, seperti Vikey atau Sindirella, tetapi tidaklah sekerap dia.

Dia yang aku maksudkan ialah Ozom, bekas kartunis Gelagat sekitar awal 1990an.
Aku taklah mengenali Ozom secara mendalam. Tambahan dia kat majalah lain. Tapi sebab kami di bidang yang sama, tiada sempadan dibina antara dia, aku dan rakan-rakan kartunis yang lain.
Aku dan awek (isteri aku sekarang) pernah mengunjungi pejabat Gelagat, ketika itu bertempat di Batu Kompleks, Jalan Ipoh, semasa diorang buat majlis makan-makan dulu.
Ozom yang aku kenal, kelihatannya seorang yang pendiam, tak banyak cakap, tapi sifat-sifat rebelnya yang cuba disembunyi tetap terserlah. Seperti biasa, kami banyak bersembang sekitar dunia kami, masalah-masalah dunia kami, diselang-selikan dengan isu-isu semasa. Ozom seorang kartunis yang bersemangat tinggi dan sentiasa cuba melakukan yang terbaik dalam berkarya.

So, terkejut jugak aku bila Ahad lepas, A.Z inform kat aku yang Ozom dah tak ada, dah meninggal dunia – bukan semalam, minggu lepas, bulan lepas atau tahun lepas – tapi dah hampir 10 tahun dah! Innalillahiwainnailaihirajiun…
Rasa-rasanya, aku pernah dengar dari seorang kawan yang dia sedang sakit – khabarnya asma – dan balik menetap di kampungnya di Kelantan. Tapi tentang dia dah tak ada, tak pulak!
Al-Fatihah untuk kawan aku tu – mudah-mudahan Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan bersama mereka yang beriman di sisi-Nya. Amin.
Segala kenangan antara kami tetap kekal, walaupun aku gagal untuk mengingati walau satu pun karyanya. Yang aku ingat, kalau tak silap, poster muka tengah yang dibuatnya untuk satu isu Gelagat – tertulis kat poster tu: NO PAIN NO GAIN!


NOTA: Dengan komen daripada Ozom sendiri, maka entry ini tidak lagi relevan. Namun begitu ia takkan dideletekan supaya pembaca dapat mengenali Ozom lebih lanjut lagi.

3 comments:

ozom said...

aku ada lagi la pyan..aku ni ozom,contact aku..0199676976 atau 0199391096

Sofian Ishak said...

TQ, Ozom kerana ‘muncul’ untuk menjelaskan segala-galanya. Nanti boleh belanja aku teh tarik...

Anonymous said...

salam, nk tanya...ade tak contact number abg Ali? dia keje Gelagat dulu...sy dah lame cari dia

kalau ade tolg email sy : fcland29@gmail.com
name sy fazilah

Thanks!