Friday, November 6, 2009

SEMANGAT LAMA...

KAT bawah ni merupakan semangat-semangat lama aku yang dah berabuk dipetik dari sketch book aku yang tak pernah diterbitkan. Boleh dikatakan ia lebih kepada eksperimentasi belaka selain daripada mengisi masa lapang.


Gambar sapa tah yang aku lukis ni, aku pun tak tau. Dia ni penyanyi, tapi nama dia aku tak ingat. Aku lukis terus dari cover kaset koleksi abang aku. Ada sapa-sapa yang cam?


Yang lelaki tu David Coverdale masa dengan kumpulan Whitesnake. Yang pompuan tu aku dah lupa...


Yang pompuan tu Ella. Dua potret kat bawah adalah pelukis Aris Aziz.


Yang ni, yang lelaki tu tak silap aku pelukis Hassan Majid. Yang pompuan tu Aznah Hamid kot? Tah, tak sure pulak! Yang satu lagi tu aku tak tau tengkorak sapa. Saja aku lukis sebab nak test power!


Atas kiri; pelukis Anuar Rashid. Yang sedang melukis tu aku dah tak ingat sapa nama, tapi dia seorang pelukis yang hebat, especially lukisan potret. Pompuan kat bawah tu Tiara Jacquelina masa dia belum pandai berlakon lagi...



Amy Search - bukan sapa-sapa!


Atas kanan; dR Sam Rasputin. Bawah; Abu dari kumpulan May. Yang sorang tu tak kenai. Aku lukis dari majalah URTV ruangan untuk pembaca!


Mus May dan penyanyi Zur Eda.


Pemain tenis Sweden, Steffi Graf dan pemain bolasepak England, aku tak ingat namanya. Gary Lineker? Aku pun tak sure!


Yang lelaki tu Jay Jay. Yang tengah makan aiskrim tu...ha ha... Nabila anak Amy Search. Masa tu kocik lagi! Close-up pompuan kat bawah tu, aku tak ingat. Aku saja nak try lukis je!


Penyanyi Syed Sobrie masa berlakon filem Azura.

Wednesday, June 3, 2009

BLOG TAK DAPAT MENGUBAH DUNIA...

APABILA diajukan pertanyaan kepada seorang kawan; kenapa dah lama dia tak updatekan blognya yang semakin bersawang; dia menjawab yang dia dah tak yakin lagi dengan penulisan blog. Katanya; penulisan blog takkan dapat mengubah dunia!

Kepada sesape yang kurang setuju dengan pendapat kawan aku tu dan mahu menasihatkan beliau, bolehlah ke sini...

Friday, February 20, 2009

AL-FATIHAH...

Monday, December 1, 2008

BATU KURAU KAPONGKU...


BATU KURAU KAPONGKU merupakan laman portal mengenai Batu Kurau, sebuah tempat di utara negeri Perak. Diasaskan lebih kurang tiga tahun yang lalu, ia mengundang penyertaan ramai warga mukim tersebut.

Sesungguhnya, Batu Kurau Kapongku memang menyediakan tempat untuk warganya berforum. Ia bukan saja untuk yang lahir kat Batu Kurau saja, tetapi sesiapa yang pernah membesar di situ, ataupun ada sedara mara, kengkawan, atuk, opah, suami, isteri, sepupu sepapat kat wilayah tu, dialu-alukan untuk turut sama menyertai sidang forum.
Sehingga kini Batu Kurau Kapongku memiliki lebih kurang 200 ahli yang mendaftar secara sah.

Satu syarat utama untuk menyertai forum di laman tersebut ialah mesti dalam bahasa petani – kerana majoriti penduduk Batu Kurau bercakap bahasa petani. Namun begitu, tak perlu risau, kerana ia bukanlah syarat yang wajib.
Kalau tak faham bahasa petani pun tak kisah kerana laman tersebut turut menyediakan kamus bahasa petani.

Melalui laman tersebut, korang dapat mengetahui serba ringkas sejarah Batu Kurau. Turut disediakan, ruangan untuk ahli-ahli forum menghantar gambar-gambar lama diorang yang mengusik jiwa seperti gambar-gambar masa sekolah dulu, gambar masa kecik dan sebagainya.
Batu Kurau Kapongku juga turut menyediakan ruangan untuk yang mahu mencari kawan lama, kekasih lama atau sesiapa saja yang dah lama tak jumpa dan tak kedengaran berita. Kepada yang ada berita kematian boleh melaporkan dalam ruangan yang dikhususkan.
Ruangan untuk agama, politik, sosial, sains dan cerita-cerita lucu turut disediakan. Korang juga boleh melaporkan sebarang aktiviti, jemputan majlis kenduri kendara dan mengiklankan apa-apa yang patut di laman tersebut.

Ada beberapa nama yang mungkin korang kenal turut menyertai forum di laman ini – Jailani Abu Hassan (Jai), salah seorang pelukis Malaysia yang tersohor, Aloy, salah seorang kartunis popular tanah air dan Usu Azha Haji Hamzah, penulis, pernah menjadi editor beberapa majalah dan manusia di sebalik tabir beberapa buah drama.

Moderator yang bertanggungjawab mengawalselia forum-forum di laman ini ialah Saudara Khairuddin Saeran (Cikgu Khai). Beliau turut dibantu oleh beberapa orang yang lain, antaranya Saudara Jailani Abu Hassan (Jai), Saudara Abdul Rahman Ahmat (Man Ong) dan Saudara Sani Hamzah (Sani Gedembei).

Jadi, kepada korang terutamanya warga-warga Batu Kurau yang ingin menyertai forum di laman Batu Kurau Kapongku, bolehlah klik kat sini. Tapi jangan lupa – selepas mendaftar, sila isi borang keahlian dan kemudian buat salam pengenalan. Jangan lupa taruk gambar betul korang kat avatar, supaya senang orang kenal.




(Heheh… Korang mesti tertanya-tanya kenapa aku beriya-iya sangat promote laman Batu Kurau Kapongku ni. Jawapannya mudah je… Sebab Batu Kurau tu kampung aku!)

Wednesday, April 30, 2008

PESTA BUKU 2008...

DAH lama aku tak ke Pesta Buku di PWTC. So, tahun ini, pada April lepas, aku cuba menjejakkan kaki ke sana.
Kali pertama pergi, aku bawak sekali dua orang anak aku. Sempat jugak diorang memujuk aku beli buku yang diorang nak.

Belum sempat aku meninjau gerai-gerai yang ada kat situ, aku dahpun ditahan seorang lelaki yang cuba menjual program bahasa Inggeris diorang. Mulanya kata 3 minit saja, tapi bila dah masuk satu jam, aku tengok dia macam tak nak berenti jer mempromosikan programnya! Kononnya untuk kebaikan anak-anak.
Anak-anak aku pulak disajikan dengan game dan puzzle. Seronok sangat la diorang!

Akhirnya sebelum dia isi nama dan alamat aku kat borang, cepat-cepat aku katakan yang aku mahu balik bincang dengan isteri aku, dan aku akan bagi tahu diorang jawapannya hujung minggu tersebut.


Kali kedua aku pergi, pada hari last, 13 April. Itupun sebenarnya tidak dirancang.

Malam hari Sabtu tu, Leemadnoor telefon aku, bagi tahu yang dia ada kat KL. Niatnya nak pergi Pesta Buku. Katanya, kalau aku nak jumpa dia, esok dia masih ada lagi kat KL - kat Pesta Buku tu. Itu yang aku turun pada hari Ahad tu semata-mata nak jumpa dia le.

Masa sampai kat Pesta Buku dalam pukul 3 petang, aku call dia. Rupa-rupanya dia dahpun cabut balik - dah ada kat highway ke utara pun!

Tapi tak kisah le. Aku masih ada Ali Bukhari Amir, yang khabarnya sibuk mengedarkan flyers dan kad Institut Terjemahan Negara sepanjang pesta buku tersebut.
Ualau pun ada datang kemudian.


Kemudian aku berjumpa pulak dengan Aburn bersama kartunis Poyo yang tengah hot dengan komiknya, Kecempreng Man.

Di ruang legar, Pekomik ada mengadakan pameran mereka. Juga di dewan berdekatan, mereka menganjurkan pelbagai seminar dan perjumpaan.
Aburn sempat memperkenalkan Jonos, salah sorang orang kuat Pekomik kat aku. Jonos turut mempelawa aku menyertai perjumpaan diorang, tapi aku menolak.


Ketika merayau-rayau di gerai-gerai di tingkat bawah, terserempak akhirnya aku dengan Gayour yang sedang sibuk menyain autograf dan mempromosikan buku dia, Melukis Kartun Cara Gayour.
Tapi disebabkan sibuknya dia melayan orang ramai yang mengerumuni, tak dapatlah aku berbual lama dengan dia. Nombor telefon dia pun aku lupa mintak!

Tapi apa pun rasa seronok le jugak pergi ke Pesta Buku ni - boleh jumpa member-member termasuk yang dah lama tak jumpa.

Bersama Ali Bukhari Amir (kanan), peminat alam misteri dan paranormal.


Bersama orang kuat Pekomik, Jonos (kiri) dan Aburn (kanan). Lupa pulak nak bergambar dengan Poyo...


Tengah dok fikir nak simpan rambut panjang balik macam Gayour...


Orait! Orait! Orait!

Monday, April 28, 2008

HUKUM MELUKIS KOMIK DAN KARTUN...

SOALAN:
Saya mempunyai masalah berkaitan dengan hukum melukis komik. Saya minat untuk melukis komik dan masalah saya ialah saya mendengar sesuatu hadis yang berbunyi mengatakan “Allah melaknat tukang lukis”. Jadi saya pun gelisah dan saya ada niat nak melukis untuk berdakwah.

JAWAPAN:
Hukum melukis gambar bergantung kepada gambar yang dilukis dan tujuan ia dilukis. Perinciannya adalah seperti berikut;

Jika yang dilukis itu adalah gambar-gambar Tuhan yang disembah selain Allah seperti patung-patung berhala dan sebagainya, pelukisnya adalah kafir. Lukisan sebeginilah yang diancam dengan siksaan oleh Allah sebagaimana sabda Nabi s.a.w. maksudnya.

“Sesungguhnya manusia yang paling berat siksaannya di akhirat ialah para pelukis.” (Riwayat Imam Muslim)

Berkata Imam at-Tabari: “Pelukis yang dimaksudkan di sini ialah orang yang melukis Tuhan yang disembah selain Allah.”

Diharamkan juga melukis dengan tujuan untuk menandingi ciptaan Allah, iaitu merasakan diri dapat mencipta dan membuat rekaan sebagaimana ciptaan Allah. Hal ini kembali kepada niat pelukis itu sendiri. Pelukis sebegini juga diancam dengan siksaan yang berat oleh Rasulullah s.a.w. dengan sabdanya; (maksudnya)

“Sesungguhnya manusia yang paling berat siksaannya di hari kiamat ialah orang-orang yang melakukan sesuatu untuk menandingi ciptaan Allah”. (Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim dari ‘Aisyah r.a.)

Diharamkan juga melukis gambar malaikat, para Nabi dan para sahabat iaitu orang-orang yang dimuliakan di sisi agama kerana dikhuatiri lukisan gambar mereka akan menjatuhkan kemuliaan mereka di samping berlakunya pemalsuan kerana tidak ada seorang pun yang hidup hari ini yang pernah melihat mereka.

Diharamkan juga melukis gambar tokoh-tokoh yang kufur, zalim atau fasik seperti pemimpin-pemimpin yang menentang Islam, memusuhi syariat Allah, penyanyi-penyanyi atau pelakon yang mendorong manusia kepada maksiat, memuja kebatilan dan sebagainya. Melukis gambar mereka merupakan pemujaan terhadap mereka sedangkan mereka adalah orang-orang yang dibenci oleh agama.

Diharamkan juga melukis gambar-gambar yang mendedahkan aurat, berunsur lucah dan mengghairahkan nafsu dan sebagainya lagi yang dilarang oleh syarak.

Kesimpulan, diharamkan melukis gambar-gambar yang menyalahi agama dan mengandungi unsure-unsur yang dilarang oleh syariat termasuk yang mendorong manusia kepada kekufuran, syirik, maksiat dan munkar. Adapun selainnya yang jauh dari perkara-perkara di atas, maka ia tidaklah diharamkan.

Sebenarnya, para ulama mempunyai pelbagai pandangan dalam masalah melukis ini terutamanya jika objek yang dilukis itu adalah makhluk-makhluk bernyawa iaitu manusia dan binatang.
Pandangan yang saya kemukakan di atas ialah pandangan yang ditarjih oleh Dr Yusuf al-Qaradhawi dalam bukunya al-Halal Wa al-Haram Fil-Islam. Teruskan niat baik saudara untuk berdakwah melalui lukisan komik itu dengan menjaga batasan-batasan yang digariskan di atas. Wallahua’lam.


*Petikan dari ruangan Soal Jawab Agama Bersama Ustaz Ahmad Adnan bin Fadzil, akhbar Mingguan Wasilah keluaran 17–23 Februari 2008, muka surat 42.

Thursday, April 24, 2008

IRAMA DUNIA KETIGA...

PADA pertengahan 1998, aku ditawarkan untuk mengendali sebuah majalah kartun berunsurkan muzik. Ini adalah lanjutan dari sumbangan ilustrasi dan karikatur yang aku hasilkan untuk 'abang kandung'nya - majalah ROTTW – keluaran April 1998 (Vol. 20).

Lalu aku diminta menghasilkan mock-up terlebih dulu. Sebelum tu, Aznie Dean, ketua editor ROTTW ketika itu, telah menjelaskan sejelas-jelasnya bagaimana seharusnya rupa majalah kartun yang bakal diterbitkan itu.

Dengan membawa mock-up yang dah siap, aku, ditemani Adeputra, berjumpa dengan pemilik majalah ROTTW, Mohd Rom Mohd Nor. Sesampai di pejabat, Rom terus menghulurkan sejumlah kartun dan komik yang dihantar melalui iklan yang tersiar di majalah ROTTW.

"Pilih mana yang boleh pakai!" katanya kat aku dan Adeputra. Mengejutkan, kerana seolah-olah dah confirm aku kena handle majalah tu!

Pertemuan kami seterusnya ialah di rumah Rom di Selayang. Sempat jugak kami melepak kat Selayang Mall yang berdekatan rumahnya. Banyak benda mengenai kartun yang ditanyakan Rom kat aku, sebab memang banyak benda yang dia tak tahu tentang kartun, kecuali Lat. Dalam pada itu jugak, dia mahu aku berfikir seperti seorang businessman!

Pada mulanya, aku mahu Adeputra untuk membantu aku. Tapi disebabkan dia cuma mampu ambik sorang je, tak dapatlah aku buat apa-apa. Namun begitu, Adeputra tetap memberikan sokongan kat aku, termasuk membeli art material yang diperlukan. Malah karakter Professore yang kemudian menjadi maskot magazine yang bakal diterbitkan itu adalah hasil tangannya. Nasib baiklah selepas itu, dia dapat hidup dengan painting-paintingnya!

So,
fahamlah aku yang majalah ni adalah majalah low budget, tetapi perlukan magic untuk menjadi besar. Sayangnya, aku tak ada magic tu!


Selain Adeputra, Kerengge turut memberi perangsang kepada aku ketika bertemu di Central Market. Katanya, majalah kartun yang sedang aku usahakan tu tak pernah orang buat lagi. Sesuatu yang 'out of this world'. Dia suruh aku push boss aku supaya invest sebanyak-banyaknya untuk majalah tu!


Mulanya, majalah ini mahu dinamakan ROTTW The Comic, tetapi Rom kemudian menukarkannya kepada Rottworld.
Dalam sebulan dua di Rottworld, aku terpaksa bekerja sorang-sorang. Aku perlu sediakan advance material hingga isu ketiga. Pada aku mungkin ada masa, kerana permit ketika itu belum lagi dapat.
Tapi jangkaan aku salah. Tiba-tiba boss aku bagi tau yang permit telahpun diluluskan, dan dia mahu Rottworld segera diterbitkan!

Kelam kabut jugak le aku sorang-sorang, kerana masih ada column-column yang perlukan pelukis. Takkan aku nak melukis keseluruhan magazine!


Hanya sebelum terbitnya isu pertama itu, barulah aku dapat sorang pembantu bernama Ohm (Nama sebenar Zulkarnain – tapi kadang-kadang aku panggil dia dengan nama Zul Cloud Nine!). Diapun nampaknya sanggup mengisi tempat-tempat kosong yang belum terisi tu. Itupun kadang-kadang muflis idea! Terpaksa le aku support sikit.


Maka pada bulan Disember 1998 itu, lahirlah keluaran sulung Rottworld yang membawa motto Majalah Kartun Muzik Pertama Di Malaysia.


Macam-macam feedback yang aku terima selepas itu. Sepertimana feedback yang selalu orang terima, dah tentu ada okey tak okeynya. Yang suka, dah tentu suka, dengan sedikit cadangan. Yang tak suka, tetap tak suka!

Bila aku call Gayour (ketika itu bersama majalah Ujang), atas mejanya dahpun ada senaskhah Rottworld. Aku pun terima sikit komen daripada dia.

Daripada Jack FTG dan Abot pun ada aku terima kritikan membina semasa diorang berkunjung ke ofis aku. Jugak daripada Lord.

Pandangan-pandangan orang lain termasuk pembaca, banyak yang okey, dan banyak jugak yang aku hanya jadikan sempadan.
Taklah aku ambik port sangat, memandangkan Rottworld ni macam aku punya one-man show aje. Yelah, dari skrip, setting, layout, artikel, kartun, colouring, pemilihan karya luar, iklan, promosi, peraduan, colour separation, printing hinggalah supply idea untuk kartunis-kartunis lain, semuanya aku buat sorang!

Sale?
Hahahhh! Majalah ini bukanlah macam majalah kartun yang lain. Pembacanya pun mungkin exceptional. So, aku tak pernah expect yang majalah ini akan boom. Dengan low budget dan tiada promosi, sapa-sapa pun boleh menjangkakannya.


Namun aku dan Ohm tetap bekerja keras. Kadang-kadang stay back hingga ke pagi esoknya. Pagi balik rumah sekejap, petang datang balik ke ofis. Ada masanya aku tidur di bawah meja, atas longgokan karya-karya kartun yang direject!


Namun begitu, Allah s.w.t. le yang menentukan segala-galanya. Selepas keluaran kelima (April 1999), majalah ini terpaksa menghentikan operasinya. Aku terpaksa akur, walaupun sebenarnya, pada pandangan aku, ada peningkatan dari satu isu ke satu isu.

Malah ketika dihentikan operasinya, kami sempat menyiapkan isu keenam, yang pada pandangan aku lebih baik daripada isu-isu yang lepas!

Tapi bisnes tetap bisnes!

Camno pun, aku tetap berbangga kerana dapat mencungkil bakat-bakat yang tak seharusnya dipinggirkan. Lagipun, aku di Rottworld cuma memenuhi impian dan visi boss aku sebenarnya.

Di sebalik hayatnya yang pendek, Rottworld telah melahirkan beberapa nama yang mungkin membayangkan masa depan dunia kartun dan komik tempatan – sekurang-kurangnya. Antaranya; Zeral, Mondok, P'jan, Kapok, Mas Fuaat (kemudiannya menjadi penyanyi kumpulan Himalaya), Mat Yoe, Daniel, Jeep, Rip, Badut, Shyfuri dan Dard.

Aku hanya berharap diorang tidak akan habis di Rottworld saja! Selamat maju jaya!




PERJUMPAAN kartunis-kartunis Rottworld pada 24 April 1999. Yang pertama dan terakhir…


NOTA KAKI: Hehehh, sebenarnya aku ceritakan semua ni bukan apa. Ada sorang kawan aku tu beriya-iya sangat nak buat majalah kartun. Dia ingat senang apa? Kalaupun dia banyak duit, belum tentu dia dapat membeli keuntungan. Nak terbitkan majalah senang aje, nak jual tu yang susah! Hehehh…