29 January 2010

TERBENGKALAI...

KALAU dikira-kira, banyak le jugak projek-projek aku yang terbengkalai macam tu aje... Semuanya atas faktor-faktor masa, wang, bisnes, tak dak idea, idea tak sampai tahap piawaian, perubahan hidup dan perbezaan falsafah.

Ada jugak sebahagiannya macam dah tak nampak cahaya di hujung terowong lagi dah..!



Karya aku di atas ni - dilukis sekitar 1999 - sebenarnya nak dihantar ke satu majalah kartun yang famous masa tu. Tapi disebabkan kuch kuch hota hai, terbengkalai macam tu je, walaupun dah banyak page aku draw.

Ini adalah antara karya aku yang aku nak buat sangat-sangat! Karya yang psychedelic, bercerita tentang kekeliruan, hakikat, antara real dan surreal... Tapi, nampaknya, karya aku ni - termasuk le aku sekali - hilang dalam plot yang masih aku tak jumpa-jumpa! Ia sebenarnya dah berdenting dalam kepala otak aku sejak 1992 lagi...

Dengan working titlenya Alin, karya aku kat atas ni sebenarnya untuk diterbitkan sebagai buku. Dihasilkan pada tahun 1998, ia merupakan projek aku bersama kengkawan. Tapi tak sempat aku siapkan, walaupun storynya dah ada.

Okey, ini adalah karya aku yang tak bergerak-gerak sebenarnya! Mungkin aku konpius kot, sebab ada dua versi cerita dalam simpanan aku. Pada hal ideanya aku dapat dah lama - dah berbelas-belas tahun dah! Mungkin aku kena buat versi yang ketiga, baru dia nak bergerak kot?

Apa-apa pun semua karya aku ni - termasuk yang aku tak paparkan kat sini - aku suka. Mudah-mudahan satu hari nanti, andai diizinkan Allah, aku dapat siapkan jugak karya-karya aku yang terbengkalai ni!

21 January 2010

PROJEK...

KAT Malaysia ni, kalau sekadar lukis kartun kat majalah atau akhbar, tak cukup. Kalau cukup pun, cukup-cukup makan je! Jadi, kalau nak jadi kaya, kenalah rajin cari projek - atau orang selalu sebut job - atau commission. Lainlah kalau dah hebat macam Lat. Sketching beliau saja pun orang beli beribu ringgit!

Kartunis pun jangan le cuma pandai lukis kartun je, tapi kena le tahu serba sedikit asas-asas melukis seperti anatomi badan, figure drawing, perspektif, foreshortening, composition dan lain-lain lagi. Idea pun kena banyak dan bagus. Satu lagi kena pandai le juga deal tentang projek - takut nanti kena kelepet!

Aku dulu ada le jugak beberapa projek yang aku buat dan dicommissionkan kat aku. Ada yang bayar, banyak le jugak yang tak bayar. Begitulah lumrah hidup...

Dua karikatur di atas, John Lennon dan Neil Young ni sebenarnya untuk sample je. Tapi masa tunjuk kat Aznie Dean, bekas editor majalah ROTTW, dia mintak aku bagi kat dia. Tak lama selepas tu, Aznie contact aku mintak aku lukiskan karikatur artis-artis Malaysia sebagai cover ROTTW yang menyambut ulangtahun ke-2. Dan dua karikatur ni pun tersiar di isu yang sama. Dan tak lama selepas tu, aku dimintak mengendalikan majalah Rottworld, majalah kartun berkonsepkan muzik yang pertama kat Malaysia!


Mood the 'Ud, salah satu karakter utama dalam majalah Rottworld. Aku pun tak pasti untuk apa ilustrasi-ilustrasi di atas ni aku buat. Barangkali untuk poster... Sekarang Rottworld dah diterbitkan semula dengan gaya baru. Tak ada sorang pun kartunis-kartunis kat situ yang aku kenal, kecuali DARD. Dan aku pun tak pasti sama ada karakter Mood the 'Ud ni masih ada lagi atau tidak kat Rottworld.


Ilustrasi di atas ni aku lukis untuk cover sebuah novel, Gerimis Di Hati, hasil karya ...ehmm... isteri aku!

11 January 2010

RETROSPEKARTUN...

TU DIA! Tup-tup dah 10 hari dah 2010 berlalu! Apa yang berlaku dalam 10 hari yang lepas? Macam-macam... Tapi tak semua dapat kita follow sebab kita dok sibuk dengan diri kita - pasal kerja kita, pasal anak kita, pasal bajet kita - heheh!

10 tahun dulu hari ini - di mana aku? Apa yang aku buat? Rasanya aku memasuki fasa baru dalam hidup aku waktu tu - sama macam orang lain. Para pakar memanggilnya millennium...
Kalau 20 tahun dulu? 20 tahun dulu aku kat majalah Gelihati. Tenyeh kartun sana, tenyeh kartun sini. Hari-hari dok pikir pasal kartun! Tapi itu lebih baik daripada aku dok tenyeh benda lain!


Tapi apa pun, 10 tahun ka, 20 tahun ka, sama saja... Cuma 20 tahun dulu, blog dan Facebook belum wujud lagi. Tapi 10, 20 tahun dulu, kartun-kartun aku kat bawah ni dah wujud dah...
 
Original artwork aku yang berjudul Ketenteraman Fikiran. Masa ni tengah belajar tentang motivasi.

Serupa tapi tak sama! Karya aku yang berjudul Hanya Kita Yang Tahu - juga dari original artwork. Versi di sebelah kiri adalah yang mula-mula aku lukis menggunakan teknik wash. Versi di sebelah kanan dilukis kemudian dengan plain hatching. Tapi yang tersiar di majalah Gelihati adalah versi yang di sebelah kanan. Perbezaan yang lain terdapat pada karakter-karakter yang dilukis.

Tiga lukisan di atas ni adalah original artworks aku untuk majalah Gelihati. Ketiga-tiganya bertindak sebagai ilustrasi untuk artikel-artikel yang tersiar. Tapi semuanya isu global yang masih relevan sampai ke hari ini - kecuali yang last tu, heheh... tak lebih dari satu joke aje!