11 January 2010

RETROSPEKARTUN...

TU DIA! Tup-tup dah 10 hari dah 2010 berlalu! Apa yang berlaku dalam 10 hari yang lepas? Macam-macam... Tapi tak semua dapat kita follow sebab kita dok sibuk dengan diri kita - pasal kerja kita, pasal anak kita, pasal bajet kita - heheh!

10 tahun dulu hari ini - di mana aku? Apa yang aku buat? Rasanya aku memasuki fasa baru dalam hidup aku waktu tu - sama macam orang lain. Para pakar memanggilnya millennium...
Kalau 20 tahun dulu? 20 tahun dulu aku kat majalah Gelihati. Tenyeh kartun sana, tenyeh kartun sini. Hari-hari dok pikir pasal kartun! Tapi itu lebih baik daripada aku dok tenyeh benda lain!


Tapi apa pun, 10 tahun ka, 20 tahun ka, sama saja... Cuma 20 tahun dulu, blog dan Facebook belum wujud lagi. Tapi 10, 20 tahun dulu, kartun-kartun aku kat bawah ni dah wujud dah...
 
Original artwork aku yang berjudul Ketenteraman Fikiran. Masa ni tengah belajar tentang motivasi.

Serupa tapi tak sama! Karya aku yang berjudul Hanya Kita Yang Tahu - juga dari original artwork. Versi di sebelah kiri adalah yang mula-mula aku lukis menggunakan teknik wash. Versi di sebelah kanan dilukis kemudian dengan plain hatching. Tapi yang tersiar di majalah Gelihati adalah versi yang di sebelah kanan. Perbezaan yang lain terdapat pada karakter-karakter yang dilukis.

Tiga lukisan di atas ni adalah original artworks aku untuk majalah Gelihati. Ketiga-tiganya bertindak sebagai ilustrasi untuk artikel-artikel yang tersiar. Tapi semuanya isu global yang masih relevan sampai ke hari ini - kecuali yang last tu, heheh... tak lebih dari satu joke aje!

5 comments:

gayour said...

ilustrasi 'ketenteraman fikiran' tu buat fikiran gua tak tenteram melihatnya. apa ni pyan?!

" kau kau melodikan
sebuah lagu cinta
dan aku..."

sofian ishak said...

Arrggghhh, Gayour!

Gua ingat gua nak buat le klip video lagu tu, musti terangkat!

azmietaha said...

RETROFIKIR. Nostalgia tak semuanya menyenangkan bro!

sofian ishak said...

A.Z;

Hehe... Itu semua utk dikongsi bersama. Aku pun tak punya bnyk masa nak menoleh ke belakang...

Adib said...

apa kabar ayahanda ku moga sihat slalu