24 April 2008

TRONOH 1990...

SOROT balik ke bulan September 1990. Aku, Gayour, Adeputra dan Labuair telah dihantar ke Pesta Konvo USM Cawangan Perak di Tronoh.
Bersama Abang Ramli Marketing (yang kemudiannya dikenali sebagai Buragas), kami bertolak sejurus selepas tergesa-gesa menyiapkan kerja-kerja kami. Sempat jugak Ade bawak mini-componya – jadi taklah kami akan rasa boring sangat.

Kami tidaklah mengenali sangat Abang Ramli ketika itu. So, semasa di dalam van, kami semua tak banyak cakap. Apatah lagi bila tengok muka Abang Ramli yang macam tak friendly jer… Yang kedengaran ketika tu adalah lagu-lagu rock yang kami pasang – bedengkung bedengkang!
Ntah sampai kat mana, sapa punya idea, kami mainkan album Wann – cover lagu-lagu P. Ramlee dan Saloma – yang aku bawak.
"Aaa…ini macamlah!" jerit Abang Ramli. Terkejut kami – dan akhirnya semua gelak sakan. Barulah kami tahu, kami dah jumpa suisnya! Rupanya boleh tahan gila jugak kepala Abang Ramli ni!
Selepas itu barulah kami semua berani buat bising!

Sewaktu kami sampai di Ipoh, hari dahpun malam. Melilau jugak kami nak cari jalan menuju Tronoh. Akhirnya, bila dah buntu kepala, Abang Ramli bertanya kat sorang lelaki yang ada di tepi jalan.
Perkataan 'pusing' buat kami berpusing-pusing. Kami sangkakan lelaki tu suruh kami terus kemudian pusing, dan jalan terus. So, bila jumpa tempat untuk buat u-turn, kami pun 'pusing' le dan jalan terus – cuma untuk bertemu balik jalan asal!
Last-last, baru kami faham, yang lelaki tadi suruh kami jalan terus sampai jumpa tempat bernama Pusing – aiyaa!

Semasa kami melangkaui gate USM, kami tidaklah terasa apa-apa pun. Biasa aje…
Tapi ketika kami sampai di perkarangan bangunan pejabat, kami menerima kejutan yang amat sangat.
Beberapa orang kakitangan urusetia USM menyambut kami dengan cerianya, malah sebelum pintu van dibukak lagi! Kami memandang satu sama lain sambil bertanya: Diorang ni salah orang ke? Tak! Memang kami le yang disambut diorang – cuma carpet merah aje tak dibentang! Seketika, kami terasa macam kumpulan rock terkenal diserbu peminat!
Sebelum kami dibawa ke hostel tempat kami menginap, kami diminta mendaftarkan diri di tingkat satu pejabat. Sewaktu kami menaiki tangga, terdengar beberapa orang menjerit: "Tengok sini, bang!", "Bang, tengok sini!", "Brader, sini, brader!". Dan bila kami mendongak, beberapa kilauan flash kamera menerpa ke muka kami! Alamak, kami betul-betul rasa macam megastar!

Selepas membersihkan diri di hostel penginapan, atas ajakan Abang Ramli, kami bersiap untuk ke Hotel Mikado, kerana mahu berjumpa dengan dua orang lagi marketing executive kami yang menginap di hotel tersebut – Abang Hashim dan Daljit.
Sekali lagi kami melalui insiden yang kelakor.
Ipoh malam itu hujan renyai-renyai. Kerana tak faham dengan address yang diberi, kami bertanya kepada sorang lelaki India di kakilima sebuah kedai, kat mana Hotel Mikado. Disebabkan hujan, lelaki India itu tak berapa dengor, jadi dia bertanya balik – "Apa?"
"Mikado! Hotel Mikado!" jerit kami.
"Apa? Mau gado? Tak mau! Tak mau!" jawab lelaki India itu serentak dengan isyarat tangan yang dia tak mau bergaduh. Har! Har! Mau terburai perut kami masa tu!
Tapi apapun, kami sampai le jugak ke hotel berkenaan.

Bilik di hostel USM cuma untuk dua orang saja. So, aku dengan Gayour satu bilik, manakala Ade dan Labu satu bilik. Pagi esoknya, kami harus bangun awal. Tapi sebelum tidur, sempat jugak kami bermain poker dengan Abang Ramli.

Esoknya, kami hanya terjaga bila terdengar lagu Wann yang dipasang dengan kuat di bilik Ade dan Labu. Rupa-rupanya Abang Ramli, yang hanya memakai tuala dan belum mandi, sedang menikmati suara Wann dengan khusyuknya!

Gerai kami dan gerai-gerai lain ditempatkan di ruang legar universiti tersebut.
Ramai jugak pengunjung yang datang, lebih-lebih lagi di sebelah petang. Kami hanya menutup gerai bila jam menunjukkan 10 malam.
Kepenatan memang terasa. Ini membuatkan kami semua tidur dengan lenanya.

Keesokannya kami terlambat bangun. Maka kelam kabut le kami mandi dan bersiap.
Ketika bergerak untuk bersarapan di kantin, sorang urusetia konvo tergesa-gesa mendekati kami dan meminta kami segera ke dewan kerana peserta bengkel dahpun menunggu. Kami mintak beberapa minit untuk bersarapan dulu.
Seketika kemudian, kami dituruti lagi supaya segera ke dewan. Saat itulah, aku dan kawan-kawan dapat bayangkan seolah-olah kami seperti Michael Jackson dalam klip video Billie Jean. Kat mana kami pijak, kat situ le bercahaya!
Aku dan Gayour tidak mengendalikan bengkel tersebut, sebaliknya menyerahkan tugas itu kepada Adeputra dan Labuair. Kami lebih gemar duduk kat gerai.

Hari itu, pengunjung lebih ramai dari semalam. Mungkin sebab hari cuti (Sabtu kalau tak silap aku). Maka lenguh le tangan kami menyain autograf. Ada sekumpulan budak sekolah mana ntah, yang meminta autograf kami, tapi tak dapat kami lakukan on the spot. So, diorang longgokkan sebelah kami sampai bertingkat-tingkat!
Ada jugak sekumpulan budak sekolah menengah lelaki yang mintak kami lukiskan yang bukan-bukan untuk diorang – kebanyakannya band-band rock. Sebenarnya kami tak dapat memenuhi permintaan diorang tu, so kami mintak diorang tuliskan nama dan address dan band apa yang diorang mahu kami lukiskan. Balik nanti kami akan buat dan poskan kat diorang.
Tapi apa yang terjadi adalah sebaliknya! Disebabkan komitmen kami pada kerja sebenar, terus kami lupakan! Sorry le…

Selepas menutup gerai pada malam tersebut, kami tak terus balik ke hostel.
Sebaliknya pergi makan kat Ipoh bersama-sama Abang Hashim dan Daljit.
Habis makan, kami cuba cari sesuatu untuk bersantai. So, melepak le kami depan Stesen Keretapi Ipoh sambil menonton Konsert Kilat Kasut.
Har! Har! Seronok betoi dapat menonton konsert macam tu! Penerajunya (Kalau tak silap nama Yunus) berjaya menghidupkan suasana walaupun berbekalkan drum bongo jer! Paling kelakor tengok penyanyinya yang stoned abih sewaktu mendendangkan lagu Oh Mama Naik Keretaku dengan vokal yang out-of-tune.
Semua lagu-lagu malam tu khabarnya dipetik dari album Cicak Mampuih!
Selepas habis konsert tersebut, kami donate le sekupang dua. Tak sangka, ketua konsert tu menarik kami dan memperkenalkan kami kepada penonton sebagai 'kawan-kawan saya dari Kolumpur'. Gila dan kelakor betul! Glamour le kami sekejap!

Esoknya, hari terakhir konvo, kami hanya bukak gerai sampai petang je. Labuair dahpun balik kerana ada hal, katanya. Dan dia balik pun dengan membawa balik sekali kunci bilik hostel dan potret kakak gerai sebelah yang tak siap-siap (termasuk le gambor kakak tu)!
Aku ambik kesempatan untuk balik kampung sekejap. Manakala Gayour dan Adeputra balik KL bersama Abang Ramli. Sempat jugak le diorang tengok Konsert Kilat Kasut malam tu sebelum balik!

Sebenarnya keseronokan dapat aku rasakan ketika berkunjung ke USM Tronoh.
Sambutan dan layanan yang diberikan sangat memberangsangkan. So, bila aku balik ke KL, aku tuliskan sekali nama-nama ni di hujung karya aku sebagai penghargaan – Zamri, Karim, Suraya, Sue, Ina, Ziela, Azizah, Win, Ris, Jeffry, Zedy, Wahidah, Adik Syahreen, Adik Syahrul, Yatt (eh, macam peronah dengor je…), Noomeck, Norila, Nut, Zaimma, Khairul Anuar, Rul, Boy, Norriza, Zai, Yatie, Asmawati, Puthird, Narizma YSL, Kamal, Razak Rap, Lina, Mustafa Kamal, Azli, Umarul, Zaki, Shamsul Amir, Tajuddin, Azwan dan Ajid.

Gamaknye, kome sekarang udah pun besor dan kaye raye ye…


ADEPUTRA (kanan, baju putih) dan geng sedang bertungkus-lumus menurunkan tandatangan di autograf peminat-peminat yang mengunjungi Pesta Konvo USM Cawangan Perak, Tronoh.

BERSAMA Ahmad Riadz Radzi (yang masa tu baru Tingkatan Empat) di Pesta Konvo USM Cawangan Perak, Tronoh, September 1990. Sekarang mamat ni merupakan wartawan di sebuah akhbar tempatan yang popular dan penyumbang tetap untuk majalah ROTTW. Pernah menghasilkan komik underground berjudul Under One Flag. - Foto ihsan arapayung.blogspot.com

2 comments:

gayour said...

harharhar! memang indah bila dikenang. abang ramli memang hebat!
konset kilat kasutpun hebat dan menghiburkan. ada lagi ke konset kilat kasut ni hah pyan?

ade putra lagi hebat, dapat dua orang awek tronoh. harharhar!

sofian ishak said...

Gayour;

Konsert kilat kasut dah x berkilat lagi kot? Pengasasnya pun ntah ada lagi ka atau dah padam...

Ade mmg x senonoh!