SOALAN:Saya mempunyai masalah berkaitan dengan hukum melukis komik. Saya minat untuk melukis komik dan masalah saya ialah saya mendengar sesuatu hadis yang berbunyi mengatakan “Allah melaknat tukang lukis”. Jadi saya pun gelisah dan saya ada niat nak melukis untuk berdakwah.
JAWAPAN:
Hukum melukis gambar bergantung kepada gambar yang dilukis dan tujuan ia dilukis. Perinciannya adalah seperti berikut;
Jika yang dilukis itu adalah gambar-gambar Tuhan yang disembah selain Allah seperti patung-patung berhala dan sebagainya, pelukisnya adalah kafir. Lukisan sebeginilah yang diancam dengan siksaan oleh Allah sebagaimana sabda Nabi s.a.w. maksudnya.
“Sesungguhnya manusia yang paling berat siksaannya di akhirat ialah para pelukis.” (Riwayat Imam Muslim)
Berkata Imam at-Tabari: “Pelukis yang dimaksudkan di sini ialah orang yang melukis Tuhan yang disembah selain Allah.”
Diharamkan juga melukis dengan tujuan untuk menandingi ciptaan Allah, iaitu merasakan diri dapat mencipta dan membuat rekaan sebagaimana ciptaan Allah. Hal ini kembali kepada niat pelukis itu sendiri. Pelukis sebegini juga diancam dengan siksaan yang berat oleh Rasulullah s.a.w. dengan sabdanya; (maksudnya)
“Sesungguhnya manusia yang paling berat siksaannya di hari kiamat ialah orang-orang yang melakukan sesuatu untuk menandingi ciptaan Allah”. (Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim dari ‘Aisyah r.a.)
Diharamkan juga melukis gambar malaikat, para Nabi dan para sahabat iaitu orang-orang yang dimuliakan di sisi agama kerana dikhuatiri lukisan gambar mereka akan menjatuhkan kemuliaan mereka di samping berlakunya pemalsuan kerana tidak ada seorang pun yang hidup hari ini yang pernah melihat mereka.
Diharamkan juga melukis gambar tokoh-tokoh yang kufur, zalim atau fasik seperti pemimpin-pemimpin yang menentang Islam, memusuhi syariat Allah, penyanyi-penyanyi atau pelakon yang mendorong manusia kepada maksiat, memuja kebatilan dan sebagainya. Melukis gambar mereka merupakan pemujaan terhadap mereka sedangkan mereka adalah orang-orang yang dibenci oleh agama.
Diharamkan juga melukis gambar-gambar yang mendedahkan aurat, berunsur lucah dan mengghairahkan nafsu dan sebagainya lagi yang dilarang oleh syarak.
Kesimpulan, diharamkan melukis gambar-gambar yang menyalahi agama dan mengandungi unsur-unsur yang dilarang oleh syariat termasuk yang mendorong manusia kepada kekufuran, syirik, maksiat dan munkar. Adapun selainnya yang jauh dari perkara-perkara di atas, maka ia tidaklah diharamkan.
Sebenarnya, para ulama mempunyai pelbagai pandangan dalam masalah melukis ini terutamanya jika objek yang dilukis itu adalah makhluk-makhluk bernyawa iaitu manusia dan binatang.
Pandangan yang saya kemukakan di atas ialah pandangan yang ditarjih oleh Dr Yusuf al-Qaradhawi dalam bukunya al-Halal Wa al-Haram Fil-Islam. Teruskan niat baik saudara untuk berdakwah melalui lukisan komik itu dengan menjaga batasan-batasan yang digariskan di atas. Wallahua’lam.
*Petikan dari ruangan Soal Jawab Agama Bersama Ustaz Ahmad Adnan Fadzil, akhbar Mingguan Wasilah keluaran 17–23 Februari 2008, muka surat 42.

24 comments:
mahu mengikuti blog saudara seterusnya. mohon di link ke blog saya.....rospink.blogspot
TQ...
arapink;
boleh saja...
jadi melukis gmbar manusia itu boleh??
sy belajar sni reka fesyen.. masa bljar lukisan baju terdedah lbih mdah nk buat dan ia sbhgian dri pljaran..
tapi kalau masih nak mlukis gmbar dan gambar manusia yg mnutup aurat itu boleh la.. mcm 2??
Http://nurzulaiha.blogspot.com
Saya masih tertanya-tanya, sama ada boleh melukis komik atau tidak? maaf saya agak bebal dalam hal-hal ini.
Haram melukis benda hidup..manusia dan haiwan kan bnda hidup jadi haram
Boleh jer asal jangan Ada kaitan dng unsure agama
Maaf saya nak bertanya, sekiranya saya melukis perempuan bukan islam yang tidak memakai tudung adakah salah? Sebab watak dalam komik saya bukan beragama islam
Can I paint a human being with non-human characteristics? Like a robot human or a mutant human?
Tidak, tetapi kalau ia mendedahkan aurat yang berat memang haram lah
Tak haram pun, asalkan xda unsur2 yang tidak baik
Yes! It's not haram
Kalau dah siap saya nak baca boleh :>
Kalau dah siap saya nak baca boleh :>
Assalamualaikum, nak tanya, kalau lukis macam anime gitu boleh tak..? Macam lukis komik anime...Adakah ia haram?
Assalamualaikum, apakah hukumnya jika karakter kartun tersebut diberikan kuasa seperti boleh menghilangkan diri, boleh teleport, boleh membaca minda atau boleh terbang seperti superhero Superman?
Harap soalan saya dapat dijawab. InsyaALLAH.
Tentang agama islam boleh ke?
Boleh asalkan tkde niat untuk pemujaan atau menandingi ciptaan tuhan. Pastikan juga kalau lukis perempuan contohnya, jgn dedahkan sangat aurat yang berat atau timbul perasaan yg bkn bkn.
Kalau di pandangan saya, boleh asalkan tkde niat untuk menandingi ciptaan tuhan.
Boleh saya Tanya saya suka anime Dan nak sangat jadi artist melukis anime tapi itu dulu sebab satu hari ni says terfikir "eh? Anime tu haram ke " jadi saya pun search dekat YouTube macam macam pendapat uztad uztad saya pun takut berdosa jadi boleh Tanya kalau buat anime perempuan/lelaki ada kuasa macam boleh terbang Dan lain lain
Dan selamatkan dunia Dan berpuasa ada sikit kisah cinta yang dah kawin Dan drama adik beradik bolehke ??
Semoga ada yang to long jawab kan sebab saya sendiri pun pening kepala Dan sedih
Nak Tanya saya suka lukis gambar anime lepastu Ada orang Kata melukis anime Tu haram saya lukis anime lelaki Yang menutup aurat macam mana ya
Hello nak tanya ,camna eh nak tegur orang yg lukis gambar anime lucah. Tak tahu dah nk buat apa huhu dh la orang yg lukis tu darah daging sendiri. Pls help me
Haii nak tanya,hmm saya nak lukis gambar orang jadi kartun (yang chibi-chibi macam tu) ada kah cara itu haram? sbb merubahkan ciptaan Allah.Maaf saya confused 😅
Post a Comment