Lalu aku diminta menghasilkan mock-up terlebih dulu. Sebelum tu, Aznie Dean, ketua editor ROTTW ketika itu, telah menjelaskan sejelas-jelasnya bagaimana seharusnya rupa majalah kartun yang bakal diterbitkan itu.
Dengan membawa mock-up yang dah siap, aku, ditemani Adeputra, berjumpa dengan pemilik majalah ROTTW, Mohd Rom Mohd Nor. Sesampai di pejabat, Rom terus menghulurkan sejumlah kartun dan komik yang dihantar melalui iklan yang tersiar di majalah ROTTW.
"Pilih mana yang boleh pakai!" katanya kat aku dan Adeputra. Mengejutkan, kerana seolah-olah dah confirm aku kena handle majalah tu!
Pertemuan kami seterusnya ialah di rumah Rom di Selayang. Sempat jugak kami melepak kat Selayang Mall yang berdekatan rumahnya. Banyak benda mengenai kartun yang ditanyakan Rom kat aku, sebab memang banyak benda yang dia tak tahu tentang kartun, kecuali Lat. Dalam pada itu jugak, dia mahu aku berfikir seperti seorang businessman!
Pada mulanya, aku mahu Adeputra untuk membantu aku. Tapi disebabkan dia cuma mampu ambik sorang je, tak dapatlah aku buat apa-apa. Namun begitu, Adeputra tetap memberikan sokongan kat aku, termasuk membeli art material yang diperlukan. Malah karakter Professore yang kemudian menjadi maskot magazine yang bakal diterbitkan itu adalah hasil tangannya. Nasib baiklah selepas itu, dia dapat hidup dengan painting-paintingnya!
So, fahamlah aku yang majalah ni adalah majalah low budget, tetapi perlukan magic untuk menjadi besar. Sayangnya, aku tak ada magic tu!
Selain Adeputra, Kerengge turut memberi perangsang kepada aku ketika bertemu di Central Market. Katanya, majalah kartun yang sedang aku usahakan tu tak pernah orang buat lagi. Sesuatu yang 'out of this world'. Dia suruh aku push boss aku supaya invest sebanyak-banyaknya untuk majalah tu!
Mulanya, majalah ini mahu dinamakan ROTTW The Comic, tetapi Rom kemudian menukarkannya kepada Rottworld. Dalam sebulan dua di Rottworld, aku terpaksa bekerja sorang-sorang. Aku perlu sediakan advance material hingga isu ketiga. Pada aku mungkin ada masa, kerana permit ketika itu belum lagi dapat.
Tapi jangkaan aku salah. Tiba-tiba boss aku bagi tau yang permit telahpun diluluskan, dan dia mahu Rottworld segera diterbitkan!
Kelam kabut jugak le aku sorang-sorang, kerana masih ada column-column yang perlukan pelukis. Takkan aku nak melukis keseluruhan magazine!
Hanya sebelum terbitnya isu pertama itu, barulah aku dapat sorang pembantu bernama Ohm (Nama sebenar Zulkarnain – tapi kadang-kadang aku panggil dia dengan nama Zul Cloud Nine!). Diapun nampaknya sanggup mengisi tempat-tempat kosong yang belum terisi tu. Itupun kadang-kadang muflis idea! Terpaksa le aku support sikit.
Maka pada bulan Disember 1998 itu, lahirlah keluaran sulung Rottworld yang membawa motto Majalah Kartun Muzik Pertama Di Malaysia.
Macam-macam feedback yang aku terima selepas itu. Sepertimana feedback yang selalu orang terima, dah tentu ada okey tak okeynya. Yang suka, dah tentu suka, dengan sedikit cadangan. Yang tak suka, tetap tak suka!
Bila aku call Gayour (ketika itu bersama majalah Ujang), atas mejanya dahpun ada senaskhah Rottworld. Aku pun terima sikit komen daripada dia.
Daripada Jack FTG dan Abot pun ada aku terima kritikan membina semasa diorang berkunjung ke ofis aku. Jugak daripada Lord.
Pandangan-pandangan orang lain termasuk pembaca, banyak yang okey, dan banyak jugak yang aku hanya jadikan sempadan.
Taklah aku ambik port sangat, memandangkan Rottworld ni macam aku punya one-man show aje. Yelah, dari skrip, setting, layout, artikel, kartun, colouring, pemilihan karya luar, iklan, promosi, peraduan, colour separation, printing hinggalah supply idea untuk kartunis-kartunis lain, semuanya aku buat sorang!
Sale? Hahahhh! Majalah ini bukanlah macam majalah kartun yang lain. Pembacanya pun mungkin exceptional. So, aku tak pernah expect yang majalah ini akan boom. Dengan low budget dan tiada promosi, sapa-sapa pun boleh menjangkakannya.
Namun aku dan Ohm tetap bekerja keras. Kadang-kadang stay back hingga ke pagi esoknya. Pagi balik rumah sekejap, petang datang balik ke ofis. Ada masanya aku tidur di bawah meja, atas longgokan karya-karya kartun yang direject!
Namun begitu, Allah s.w.t. le yang menentukan segala-galanya. Selepas keluaran kelima (April 1999), majalah ini terpaksa menghentikan operasinya. Aku terpaksa akur, walaupun sebenarnya, pada pandangan aku, ada peningkatan dari satu isu ke satu isu.
Malah ketika dihentikan operasinya, kami sempat menyiapkan isu keenam, yang pada pandangan aku lebih baik daripada isu-isu yang lepas!
Tapi bisnes tetap bisnes!
Camno pun, aku tetap berbangga kerana dapat mencungkil bakat-bakat yang tak seharusnya dipinggirkan. Lagipun, aku di Rottworld cuma memenuhi impian dan visi boss aku sebenarnya.
Di sebalik hayatnya yang pendek, Rottworld telah melahirkan beberapa nama yang mungkin membayangkan masa depan dunia kartun dan komik tempatan – sekurang-kurangnya. Antaranya; Zeral, Mondok, P'jan, Kapok, Mas Fuaat (kemudiannya menjadi penyanyi kumpulan Himalaya), Mat Yoe, Daniel, Jeep, Rip, Badut, Shyfuri dan Dard.
Aku hanya berharap diorang tidak akan habis di Rottworld saja! Selamat maju jaya!
PERJUMPAAN kartunis-kartunis Rottworld pada 24 April 1999. Yang pertama dan terakhir…
NOTA KAKI: Hehehh, sebenarnya aku ceritakan semua ni bukan apa. Ada sorang kawan aku tu beriya-iya sangat nak buat majalah kartun. Dia ingat senang apa? Kalaupun dia banyak duit, belum tentu dia dapat membeli keuntungan. Nak terbitkan majalah senang aje, nak jual tu yang susah! Hehehh…
NOTA KAKI: Hehehh, sebenarnya aku ceritakan semua ni bukan apa. Ada sorang kawan aku tu beriya-iya sangat nak buat majalah kartun. Dia ingat senang apa? Kalaupun dia banyak duit, belum tentu dia dapat membeli keuntungan. Nak terbitkan majalah senang aje, nak jual tu yang susah! Hehehh…
No comments:
Post a Comment