22 April 2008

DATARAN MERDEKA 1991...

21 SEPTEMBER 1991. Sempena Pesta Malaysia tahun itu, Perbadanan Kemajuan Pelancongan Malaysia (TDC) telah menganjurkan satu event bagi menarik orang ramai mengunjunginya – lukisan kartun terpanjang di Malaysia.
Bertuahnya aku kerana turut terpilih bersama-sama kartunis yang lain, antaranya Namron, Rejabhad, Long, Ujang, Pink, Jeffi, Lee Inas dan Gayour. Bertuahnya kerana setiap sorang daripada kami dibayar RM500 – jumlah yang dikira banyak le jugak ketika itu! Dataran Merdeka dipilih sebagai lokasi event tersebut yang dipercayai belum pernah lagi diadakan sebelum ini.

Sebelum menjelangnya hari tersebut, banyak kali le jugak diadakan meeting antara kami dengan pegawai TDC yang menguruskan event tu, Encik Ammar Abdul Ghapar, kat Tingkat 27, Menara Dato' Onn, PWTC. Setiap kartunis mewakili satu negeri.
Temanya ialah pesta kebudayaan di Malaysia. Aku dipilih melukis kebudayaan negeri Sarawak. Maka kelam-kabut le jugak nak mencari bahan-bahan untuk rujukan.
Maklum le, aku bukan orang Sarawak. Habis semua buku-buku dan pamphlet diselongkar.
Selepas itu rajin le jugak kami berlatih untuk show yang dikira grand tu. Salah satu caranya ialah dengan menampal kertas kat dinding bilik dan berlatih melukis. Bukan senang oi nak lukis atas kain rentang yang besor tu! Dalam pada tu kena ingat dalam kepala pakaian dan benda-benda tradisional satu-satu negeri tu!

Syahadan datanglah hari yang dinantikan. Pengacara kami ialah Yahya Sulong. Pada permulaannya ada dicadangkan nama Imuda. Tetapi memandangkan Imuda ketika itu adalah 'nama besar', maka dipilih le Yahya Sulong.


Selepas diperkenalkan kartunis-kartunis yang terlibat, kami memulakan show kami dengan melukis apa saja – kartun biasa, karakter kartun kami, karikatur pengunjung – semuanya diberi percuma kepada mereka yang datang.
Ada satu ketika, aku dilanda nervous bila terpaksa melukis karikatur sorang awek yang cun dari Bangsar. Serba salah aku nak tarik mata pen. Nasib baik le awek tu kata; "Tak kisah le macam mana pun, tak cantik pun tak pe. Janji saya boleh simpan…" Heheheee...!

Syahadan, sampailah ke show kami yang utama. Di atas kain rentang yang panjang tu, kami pun melakarlah sepertimana yang telah ditetapkan. Di sebelah kanan aku ialah Rejabhad, manakala di sebelah kiri ialah Long. 


Seronok aku tengok Pak Jab. Sampai duduk-duduk dia kerana tak larat! Bersemangat sekali kartunis tersohor ini yang dahpun pergi meninggalkan kita semua!
 

Sewaktu tekun melukis, kedengaran jugak gelak ketawa pengunjung yang melihat show tersebut, bila ada kelihatan joke-joke yang terselit di celah-celah lakaran kami. Aku tidaklah melihat sangat penonton yang datang, kerana mahu menyiapkan segera kerja aku.
Cuma di hujungnya, bila lukisan aku hampir siap, barulah aku menjeling sebentar pada penonton. Mak datuk! Terkejut jugak aku kerana bilangan mereka yang datang sangat ramai! Seolah-olah ada konsert yang hebat ketika itu. Dalam diam-diam, aku terasa sangat seronok. Rasa macam superstar pulak!

So no wonder
lah, bila habis saja event tersebut, Encik Ammar terus bersalaman dengan kami. Dengan muka yang sangat ceria, dia bagi tau; "Aku bangga dengan korang semua!"
 

Ikut perancangan, lukisan kami tu akan dipamerkan di Balai Seni Lukis Negara, tetapi di akhir event, Pak Ya telah mengumumkan kepada penonton yang ingin menconteng secalit dua pada kain rentang tersebut – dipersilakan!
Maka berduyun-duyunlah penonton yang gian nak melukis masuk menconteng kat artwork kami. Macam-macamlah yang diconteng diorang termasuk kata-kata untuk awek.
Hasilnya? Balai Seni Lukis Negara menolak masterpiece kami tu disebabkan penglibatan orang ramai. Tak dapat le kami nak kata apa... Nasib baik le TDC bermurah hati mahu menyimpan masterpiece kami tu…

Sewaktu kami meeting dulu, ada idea untuk mengadakan konsert Search di Dataran Merdeka pada sebelah malam event tersebut. Kami dah dapat bayangkan hebat dan seronoknya nanti! Tapi idea tu terpaksa digugurkan kerana tidak ada jaminan dari DBKL yang keselamatan akan terkawal!
 

Tapi apapun, kami semua rasa puas dan berbaloi. Event tu jugak diskop oleh media.
Bergegas jugak aku dan kawan-kawan balik ke rumah, semata-mata nak tunggu berita TV menyiarkan tentang 'hari ini dalam sejarah' kami tu. Walaupun cameraman cuma fokus tang tangan aku saja, tapi hakikatnya kami semua rasa seronok dan glamour!

Dalam masa yang sama, artwork biasa kami jugak diframe dan dipamerkan di Balai Seni Lukis Negara. Bangganya aku bila artwork aku diletak bersebelahan artwork Jaafar Taib! Hmm…aku masih simpan lagi frame tu, walaupun salah satu darinya dah dicuri orang!

Sayangnya, walaupun aku anggap itu pencapaian tertinggi aku, tapi tak ada satu gambar pun tentang event tu yang aku simpan. Photographer kami, Azhari, memang banyak ambil gambar kami, tetapi dihasilkan dalam bentuk slide. Dan aku pun terus lupa mintak dia menyimpannya untuk aku. Tapi macam mana pun, gambor aku tengah dok melukis karikatur awek Bangsar tu ada tersiar kat majalah Remaja! Heheh!

Walaupun rekod kartun terpanjang kami telah berjaya dipanjangkan lagi (Rekod sekarang mengikut yang tercatat dalam Malaysia Book Of Records – 300 meter pada tahun 2005), tetapi rasanya dari segi crowd yang datang, event kami lebih menarik ramai orang. Ini mungkin sebab itulah event seumpamanya pertama kali diadakan.
Tahun berikutnya, 1992, sekali lagi diadakan event sebegitu. Aku tidak terlibat ketika itu, tapi sempat jugak aku mengunjungi lokasinya di Dataran Merdeka.
Walaupun kain rentangnya lebih panjang, suasananya agak lengang. Memang terasa tidak ada sangat pengunjungnya.


So,
memang patut sangat aku dan kawan-kawan bangga dengan event tersebut kerana pada kami, kami dah mencipta sejarah kami sendiri...


NILAH saja gambor yang dapat aku simpan buat kenangan. Tupun potong
dari Sunday Star dan Mingguan Malaysia...

No comments: