17 April 2008

CM...



PASAR Budaya atau Pasar Seni (Aku pun tak tau mana satu yang betul – kat paper dan pamphlet tulis Pasar Seni, sedangkan kat depan bangunan tu tertulis Pasar Budaya) adalah salah satu tempat menarik di Lembah Klang. Ramai mengenalinya sebagai Central Market, tapi lebih ramai yang menyebutnya seringkas CM. Tak tau apa yang menarik sangat tentang bangunan yang dulunya pasar basah tu.

Mengikut kata seorang kawan aku, sebelum dijadikan pasar basah, bangunan tu dulu asalnya gereja – entahlah, aku pun tak dapat pastikan. Yang nyatanya, ramai suka berkunjung ke situ, lepak-lepak di situ – itu termasuklah aku.

Tapi itu dulu, sebelum abad 21 menjelma. 10, 15, 20 tahun dulu, keadaannya berbeza. Sekarang, kalau korang pergi ke sana, banyak benda yang familiar dengan korang, dah tak dapat korang jumpa. Tercari-cari jugak aku di mana Restoran Hameed, tempat aku selalu pekena teh tarik dulu, ataupun gerai t-shirt kawan aku, Mie Janggut. Kedai buku Bismi, di mana aku selalu belek magazine dulu pun dah tak ada.

Yang ada sekarang ni, Kopitiam, Secret Recipe, Little India, Malay Street, Straits Chinese dan banyak lagi benda baru. Ya, CM melalui proses naik tarafnya yang kemungkinan merubah keseluruhan isi dalaman. Sehingga sekarang proses renovationnya masih berjalan.

Dengar cerita, dengan menaik taraf bangunan tersebut, sewa bagi penia
ga-peniaga di situ pun dinaikkan jugak. Kalau dulu, sewa diorang untuk satu tapak yang kecik pun dah mahal, sekarang lagi gila-gilalah sewanya. Patutlah diorang heboh kat paper!

So sekarang, tak bolehlah lagi aku jumpa kengkawan dan minum-minum kat dalam bangunan tu. Kalau dulu, selalu jugak aku lepak dengan Adeputra kat Restoran Hameed tu. Kalau lalu kat situ, gerenti ada member yang lambai ajak minum.

CM mungkin banyak memberi makna tertentu dan nostalgia kepada ramai orang – termasuk aku. Kat sinilah aku kenal pelbagai jenis orang dari sefamous-famous manusia hinggalah ke golongan ghetto. Kat Restoran Hameed (dulunya Restoran Yusoof) tulah aku selalu lepak dengan member-member kartunis – Adeputra, A.Z, Roslim, Asan, Aloy, Ozom, Jazz, Punggok, Nen dan lain-lain lagi.

Kat situlah kami duduk berbincang, bertukar-tukar fikiran dan mencari idea dengan berbekalkan segelas teh tarik. Kerengge pun selalu lepak kat sini. Acai dan Miki boleh kata selalu jugaklah dulu.

Kat restoran inilah Adeputra menghabiskan empat muka surat karya kartunnya, untuk dihantar ke majalah Gelihati, dalam satu hari! Ketika tu, restoran ni macam ofis dia jer! Opps! Aku pun pernah siapkan ilustrasi untuk satu majalah kat sini.

Masih aku ingat dengan Mad Ahir yang akan lambai dan jerit nama aku kalau ternampak aku lalu. Al-Fatihah untuk dia yang dah 'pergi' empat tahun lalu. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya…

Kalau bosan kat dalam, kami akan lepak kat luar, tengok Sherry dan Sidek busking. Kadang-kadang Adi Jagat pun turut serta dengan lagu-lagu merapunya. Tapi lebih best tengok Sherry dan Sidek, kerana kedua-duanya gemar bawak lagu-lagu lama. Dari Brown Eyed Girl Van Morrison ke Baby, Can I Hold You Tracy Chapman. Cuma tak berkenan dan sedikit boring kalau diorang bawak lagu Wonderful Tonite. Lagu tu sememangnya evergreen dan menjadi lagu wajib setiap busker. Tapi bayangkan, setiap hari tengok diorang busking selama sepuluh tahun, dari Hamden Bolly ke Sherry – lagu yang sama!

Oh ya, kalau boring tengok busker-busker tu, kami akan tonton Selamat Asrin dengan 'gitar ajaib'nya! Har! Har!

Ramai lagi ikon yang aku kenal di CM ini. Antaranya Mie Janggut, Jebat, Zamri Torture, Combi, Shah Iblis, Mat Kitaro, Im, Karim, Along, Din Seni, Mie Lopong, Zabidi, Bob dan lain-lain lagi. Setengahnya berpendapatan tetap, setengah yang lain berpendapatan tak tetap, dan yang lain-lain seterusnya langsung tidak ada pendapatan!

Kat sini jugalah aku mula kenal dengan Fathul dan Dokken (Bukan kumpulan rock tu, tapi sorang minah yang bertindak sebagai photo journalist bagi scene underground ketika itu.) Aku pun pernah minum semeja dengan Rosedan Bloodshed (Sebenarnya dia lebih suka dipanggil Rosedan Punisher, kerana benci dengan lagu Srikandi Cintaku) dan Joe Kidd. Tapi disebabkan lifestyle aku berbeza dengan lifestyle diorang, tak dapatlah aku ikut diorang tu.

Kat sini, kat CM ini jugaklah aku kenal dan minum bersama Lim Swee Tin (Sekarang dah title Dr), Allahyarham T. Alias Taib, Sani Sudin, Osman Ghani (Lizawati), Yusof Gajah dan lain-lain lagi. Kat sini jugak aku mengenali pelakon Zulkifli Ismail ketika dia menerajui kumpulan teaternya, Angka. Oh ya, aku pun pernah join latihan group teater ni untuk satu malam – heh, heh!
Sebenarnya ramai yang dapat aku kenal sepanjang aku lepak-lepak kat CM ni. Pelbagai jenis manusia dari pelbagai profesion. Kalau nak cerita satu persatu, panjanglah pulak! Tapi, sinilah tempat persinggahan aku pergi dan balik kerja termasuk hari cuti. Sehinggalah aku kahwin dan punya anak, aku masih mengunjungi CM bersama keluarga aku. Jumpa Adeputra, jumpa Usu Azha mahupun Mad Ahir semasa hayatnya masih ada.

Sekarang ni mungkin susahlah nak berjumpa kat sini. Habis-habis yang aku jumpa pun, mungkin Jebat kat gerai cenderahati. Ataupun Zamri Torture, yang menurutnya, hari-hari ada kat situ, sejak berpuluh-puluh tahun dulu! Terbaru dia bercerita tentang offer sorang penerbit, mintak dia lukiskan komik pasal Mawi (Har! Har!)

Ada jugak terjumpa dengan Pendek, yang sampai sekarang pun aku tak tau nama dia yang betul! Kalau Mad Ahir masih ada, okeylah sikit. Tak sangka dia pergi macam tu saja…

Jadi betullah, kita suka melepak di satu-satu tempat tu bukanlah kerana tempat tu sebenarnya, tetapi kerana kawan. Di mana ramai kawan, di situlah kita suka melepak, betoi tak?
Masa merubah segalanya – tapi tidak semua…

 
CM hari ini..

Ni gambar lama ni - 1991. Gayour yang ambik tanpa aku sedari. Err... anyway, can you spot me?

Ni pun gambar 1991. Dokken (kiri) dok mengacau orang buat kerja...

No comments: