24 December 2009

PSYCHEDELIC, SURREALISM & ABSTRAK...

DI BAWAH ni adalah sebahagian lagi lukisan aku yang melampau-lampau dan pelbagai... sebab... kita tak boleh le cuma tau main muzik metal je... Blues, reggae, folk, dangdut dan yang lain-lain tu kena tau jugak...


Satu lagi potret Tiara Jacquelina yang aku hasilkan (Macam tak dak model lain pulak!).

Zaman rock kapak memang satu nostalgia pada ramai orang. Pengaruhnya sangat kuat sampai aku pun terbawak-bawak dalam lukisan aku. Di atas ni adalah salah satu contoh - lukisan Man Kidal tengah dok gigit gitar.

Self-potrait aku yang psychedelic ala Peter Max.

Surrealism - satu lagi cabang seni yang aku suka. Aku mula tertarik dengan surrealism bila first time menatap cover album kumpulan Kembara dulu yang dilukis oleh S. Amin Shahab. Dari situ aku mula study apa itu surrealism dan mengenali beberapa orang artis yang terkenal dengan style macam tu seperti Salvador Dali dan Max Ernst. Lukisan aku kat atas ni adalah yang bersifat macam tu dengan elemen-elemen yang lebih merujuk kepada diri aku sendiri.

Tiga lukisan di atas ni lebih kepada cubaan aku untuk bereksperimentasi dengan tone warna. So, sebab itu aku namakan ketiga-tiganya Tanpa Tajuk I, Tanpa Tajuk II dan Tanpa Tajuk III.

Ini adalah painting aku yang terlalu abstrak, terlalu heavy, terlalu dark dan menyerabutkan minda! Jadi untuk sesuaikan dengan semua tu, aku bubuh nama painting aku ni Kronik!

1 comment:

maafaku said...

terasa kroniknya...:)