06 November 2009

SEMANGAT LAMA...

KAT bawah ni merupakan semangat-semangat lama aku yang dah berabuk dipetik dari sketch book aku yang tak pernah diterbitkan. Boleh dikatakan ia lebih kepada eksperimentasi belaka selain daripada mengisi masa lapang.

Gambar sapa tah yang aku lukis ni, aku pun tak tau. Dia ni penyanyi, tapi nama dia aku tak ingat. Aku lukis terus dari cover kaset koleksi abang aku. Ada sapa-sapa yang cam?

Yang lelaki tu David Coverdale masa dengan kumpulan Whitesnake. Yang pompuan tu aku dah lupa...

Yang pompuan tu Ella. Dua potret kat bawah adalah pelukis Aris Aziz.

Yang ni, yang lelaki tu tak silap aku pelukis Hassan Majid. Yang pompuan tu Aznah Hamid kot? Tah, tak sure pulak! Yang satu lagi tu aku tak tau tengkorak sapa. Saja aku lukis sebab nak test power!

Atas kiri; pelukis Anuar Rashid. Yang sedang melukis tu Samjis Mat Jan, seorang pelukis yang hebat, especially lukisan potret. Pompuan kat bawah tu Tiara Jacquelina masa dia belum pandai berlakon lagi...

Amy Search - bukan sapa-sapa!

Atas kanan; dR Sam Rasputin. Bawah; Abu dari kumpulan May. Yang sorang tu tak kenai. Aku lukis dari majalah URTV ruangan untuk pembaca!

Mus May dan penyanyi Zur Eda.

Pemain tenis Sweden, Steffi Graf dan pemain bolasepak England, aku tak ingat namanya. Gary Lineker? Aku pun tak sure!

Yang lelaki tu Jay Jay. Yang tengah makan aiskrim tu...ha ha... Nabila anak Amy Search. Masa tu kocik lagi! Close-up pompuan kat bawah tu, aku tak ingat. Aku saja nak try lukis je!

Penyanyi Syed Sobrie masa berlakon filem Azura.

7 comments:

Kembali Berlari said...

Salam

Semuanya dilukis pada tahun 80-an...(sya lahir thn 88 *_^)

Pasal strok2 lukisan ni tak pandai saya menilainya..tapi pada sya memang lawa sungguh la

Tapi klau pak cik tak cerita siapa orang yang dalam lukisan tu memang saya tak cam + tak kenal hihihi

Bila pak cik nak post lukisan terbaru pulak??

Maaf sekadar menulis apa yang terlintas di kepala

Wassalam

Sofian Ishak said...

Terima kasih kerana sudi menjenguk blog pakcik yang x best ni...

azmietaha said...

Hahaha... semua-semua karektor yang hang draw tu masih wujud tetapi dah suam-suam kuku dah. Zaman ni bukan zaman depa, zaman orang lain. Juga zaman ini bukan zaman kita, sesaja nak hilangkan gatal tangan bolehla...masih ada art walaupun dah nampak sedikit berAT!

-Kalau nak terus melukis balik silalah... belum terlambat!

Sofian Ishak said...

A.Z;
Aku tengah melukis sekarang ni sbb nak jadi artis sepanjang zaman!

cronstudio said...

Salam bro..

Lama x dengar cerita.. Lu punye sketch mmg best, aku ske Amy Search tu. Rock Kapak Ruless!!

Teruskan berkarya!!

Sofian Ishak said...

Yeahhh, Cron...!

Salam sejahtera! Tima kasih kerana masuk ke sini. Kat mana hang berkarya skrg?

cronstudio said...

Adela sekali-sekala aku berkarya kt paper Kosmo! tu...dh x serajin dulu-dulu rupenya aku nih...:)