01 December 2008

BATU KURAU KAPONGKU...



BATU KURAU KAPONGKU merupakan laman portal mengenai Batu Kurau, sebuah tempat di utara negeri Perak. Diasaskan lebih kurang tiga tahun yang lalu, ia mengundang penyertaan ramai warga mukim tersebut.

Sesungguhnya, Batu Kurau Kapongku memang menyediakan tempat untuk warganya berforum. Ia bukan saja untuk yang lahir kat Batu Kurau saja, tetapi sesiapa yang pernah membesar di situ, ataupun ada sedara mara, kengkawan, atuk, opah, suami, isteri, sepupu sepapat kat wilayah tu, dialu-alukan untuk turut sama menyertai sidang forum.
Sehingga kini Batu Kurau Kapongku memiliki lebih kurang 200 ahli yang mendaftar secara sah.

Satu syarat utama untuk menyertai forum di laman tersebut ialah mesti dalam bahasa petani – kerana majoriti penduduk Batu Kurau bercakap bahasa petani. Namun begitu, tak perlu risau, kerana ia bukanlah syarat yang wajib.
Kalau tak faham bahasa petani pun tak kisah kerana laman tersebut turut menyediakan kamus bahasa petani.

Melalui laman tersebut, korang dapat mengetahui serba ringkas sejarah Batu Kurau. Turut disediakan, ruangan untuk ahli-ahli forum menghantar gambar-gambar lama diorang yang mengusik jiwa seperti gambar-gambar masa sekolah dulu, gambar masa kecik dan sebagainya.
Batu Kurau Kapongku juga turut menyediakan ruangan untuk yang mahu mencari kawan lama, kekasih lama atau sesiapa saja yang dah lama tak jumpa dan tak kedengaran berita. Kepada yang ada berita kematian boleh melaporkan dalam ruangan yang dikhususkan.
Ruangan untuk agama, politik, sosial, sains dan cerita-cerita lucu turut disediakan. Korang juga boleh melaporkan sebarang aktiviti, jemputan majlis kenduri kendara dan mengiklankan apa-apa yang patut di laman tersebut.

Ada beberapa nama yang mungkin korang kenal turut menyertai forum di laman ini – Jailani Abu Hassan (Jai), salah seorang pelukis Malaysia yang tersohor, Aloy, salah seorang kartunis popular tanah air dan Usu Azha Haji Hamzah, penulis, pernah menjadi editor beberapa majalah dan manusia di sebalik tabir beberapa buah drama.

Moderator yang bertanggungjawab mengawalselia forum-forum di laman ini ialah Saudara Khairuddin Saeran (Cikgu Khai). Beliau turut dibantu oleh beberapa orang yang lain, antaranya Saudara Jailani Abu Hassan (Jai), Saudara Abdul Rahman Ahmat (Man Ong) dan Saudara Sani Hamzah (Sani Gedembei).

Jadi, kepada korang terutamanya warga-warga Batu Kurau yang ingin menyertai forum di laman Batu Kurau Kapongku, bolehlah klik kat sini. Tapi jangan lupa – selepas mendaftar, sila isi borang keahlian dan kemudian buat salam pengenalan. Jangan lupa taruk gambar betul korang kat avatar, supaya senang orang kenal.






(Heheh… Korang mesti tertanya-tanya kenapa aku beriya-iya sangat promote laman Batu Kurau Kapongku ni. Jawapannya mudah je… Sebab Batu Kurau tu kampung aku!)

15 comments:

Yatt said...

Batu gajah takde?

Unknown said...

Assalamualaikum. Sejak kita keluar dari SDK tahun 1982 rasanya ni la kali pertama dapat jumpa mu balik. Tu pun hanya jumpa di internet lepas tengok gambar kita kelas 1A2 yang mu letak di portal Batu Kurau Kampongku. Syabas atas inisiatif yg diambil untuk sambung silaturrahim dengan warga Batu Kurau, khususnya kawan-kawan lama yang telah terputus hubungan. Kalau ada kelapangan boleh hubungi aku:
HP: 016-5994872
Email: mdzabidi@yahoo.com
Blog: cikguzabidi.blogspot.com

Anonymous said...

Waalaikumussalam,Bidi.
Mmg kita dah lama x jumpa. Nasib baek ada Batu Kurau Kapongku - buleh gak tengok muka member2 lama yg mmg lama dah x jumpa.
Sebenarnya bukan aku yg wujudkan laman tu. Aku pun masih dok menyiasat lagi pasaey masing2 x nak mengaku. Mungkin kita buleh rujuk kat Sexy Tery...

Apa2 pun, tengkiu kerana meluangkan masa mengunjungi blog aku.



Yatt;
Aku rasa hang la orang yg sesuai wujudkan portal pasaey Batu Gajah (ataupun Kampung Gajah)... heheh...

Anonymous said...

salam bro.
sya pon org Tukugho gak
2 je la nk ckp..(^_^)

Azhari b. Zaman said...

Salam. Lama tak jumpa. Baru ni jumpa cikgu zabidi. Dia suruh buka Batu Kurau Kapongku.Baguih la.

Hisyam al-Jelaini said...

Assalamua'laikum suma...
Ingat lagi aku tak tahu la kat aku...La ni aku duk KL. Nama aku Hashim Mat Isa orang Air Hitam, Batu Kurau.Kalau ada kelapangan contact la aku.

HP: 012-3939475
Email: hashim@felcra.com.my
Blog: hisyam.aljelaini.blogspot.com

Hisyam al-Jelaini said...

Contact aku Pyan kat 012-3939475. La ni aku duk KL area Wangsa Maju.

http://hisyam-aljelaini.blogspot.com/

Sofian Ishak said...

Hashim;
TQ kerana mengunjungi blog aku. TQ call aku ari tu. Nanti bila2 kita boleh pekena teh tarik...

Ramli said...

Assalamualaikum.Pian
Apa habo mu la ni. Lama betul x jupa.Harap2 ingat la.Tanya Rosli, mu kat KL.Harap2 kita x terputus hubungan lg lepas ni. Ada masa lawatilah blog saya.
Satu lg tolong email no tfon mu ke
aratgk@yahoo.com.my
Terima kasih

Sofian Ishak said...

Ramli;

Aku dah emelkan no hp aku... check it out!

Apa kabar kawan kita Rosli tu?

Ramli said...

Thanks,Pian.
InsyaAllah,nti saya tengok.

RAMLI said...

Sorry,lupa nak gtau.
Rosli skrng Pengetua Sek Agama Syubhaniah, Batu Kurau.

Kembali Berlari said...

Salam singgah

Sya pong orang tukhugho gak ^_^

Sofian Ishak said...

Kembali Berlari;

Dah join Batu Kurau Kapongku?

zakirasli said...

Laman Blog Yang Menarik..sama2lah kita mempromote batu kurau..sbb saya pn org batu kurau jgk..