09 November 2011

A TRIBUTE TO FATAH...



SEBENARNYA, aku tak pernah pun jumpa Fatah. Aku cuma kenal dia melalui majalah Gila-Gila dan Murni terbitan Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB).

Secara peribadi, aku menganggap beliau seorang seniman, biarpun ramai yang mengenalinya setakat seorang kartunis.
Aku dapati beliau seorang yang unik. Sama ada dia idola korang atau tidak, korang kena akui dia seorang yang unik.
Karya-karyanya banyak berkisar tentang sosiobudaya - baik budaya pop 60-an, mahupun budaya tradisional - yang sesetengahnya sangat janggal bunyinya di telinga aku, dan tak pernah aku tahu kewujudannya.
Kat sini aku cuma nak berkongsi dengan korang sebahagian daripada karya beliau. Maaf, aku tak pegang hakciptanya - semuanya kepunyaan Fatah.

Long live the legend...




No comments: