08 December 2009

BUKAN BELASUNGKAWA!





GAMBAR kat atas adalah gambar Ozom, bekas kartunis majalah Gelagat sekitar 1990an. Aku pernah tulis tentang Ozom dalam posting aku yang bertajuk No Pain No Gain, tentang dia yang dah ‘tak ada’.

Seminggu yang lalu, ketika membelek-belek blog aku ni, aku perasan ada satu komen pada entry tersebut. Bila aku bukak komen tu, alangkah terkejutnya aku kerana komen tersebut datangnya dari Ozom sendiri untuk bagi tau yang dia masih ‘ada’ lagi! Astaghfirullahalazim!

Aku terus menghubungi nombor handphone yang dia bagi. “Woi, buat apa kau tulis aku dah meninggal ni?” sergah Ozom. Aku rasa macam tak percaya bila dengar suara Ozom, tapi itu memang Ozom.

“Mana aku ada sakit, aku sihat walafiat ja. Ramai member call aku, tanya “Betul ke kau dah meninggal?” bagi tau Ozom kat aku.

Kat sini aku rasa gelihati sangat dan tak dapat tahan lagi untuk gelak ketawa. Barangkali pasal tu le orang cakap jangan percaya sangat tulisan-tulisan kat blog. Depa yang tulis tu ikut sedap je, tulis tanpa sumber dan fakta yang sahih! Tapi macam mana pun, aku mintak maaf banyak-banyak kat Ozom sekeluarga di atas kekhilafan aku.

Rupa-rupanya, bila balik kampung kat Kelantan, banyak kerja yang dilakukan Ozom. Antaranya kerja kat syarikat printing, join industri batik, jadi cameraman untuk klip video dikir barat dan akhirnya sekarang ini jadi wartawan untuk sebuah akhbar harian dengan menggunakan nama Norhasram Mohamad.

Aku harap cerita Ozom ni tak le jadi macam cerita Paul McCartney dengan mitos Paul Is Dead beliau. Dan kepada kengkawan semua, harap dapat bagi info yang sahih - kalau tidak naya kang!

Kepada Ozom, selamat maju jaya dengan karier sekarang. Mintak maaf sekali lagi atas kekhilafan yang tidak disengajakan. Kalau ada masa terluang, boleh le kita pekena teh tarik macam time dulu-dulu!
 


2 comments:

azmietaha said...

AHHHHHHHHH! Betul ke Pyan.... aku betul-betul bengong dengan kes nih. Aku masih ingat lagi budak yang bagi tau aku dulu tu dia dari SHAPADU.. aduhh.. aku minta maaf atas kesilapan fakta yang betul-betul tak disebgajakan. Very sorry!

-cuma menganggap 'mati hidup semula'
-KEPADA OZOM AKU MINTAK MAAF BANYAK-BANYAK ATAS SEGALA KESULITAN YANG BERLAKU. Jangan salahkan blog, yang khilaf itu manusiawi.

Sofian Ishak said...

Sama2 le kita mintak maaf kat Ozom...