22 February 2010
19 February 2010
APA ADA PADA NAMA...
Ada apa dengan nama
Tapi kalau tak ada nama
Tak adalah orang kata apa nama... apa nama...
Tapi kalau tak ada nama
Tak adalah orang kata apa nama... apa nama...
29 January 2010
TERBENGKALAI...
KALAU dikira-kira, banyak le jugak projek-projek aku yang terbengkalai macam tu aje... Semuanya atas faktor-faktor masa, wang, bisnes, tak dak idea, idea tak sampai tahap piawaian, perubahan hidup dan perbezaan falsafah.
Ada jugak sebahagiannya macam dah tak nampak cahaya di hujung terowong lagi dah..!

Karya aku di atas ni - dilukis sekitar 1999 - sebenarnya nak dihantar ke satu majalah kartun yang famous masa tu. Tapi disebabkan kuch kuch hota hai, terbengkalai macam tu je, walaupun dah banyak page aku draw.

Ini adalah antara karya aku yang aku nak buat sangat-sangat! Karya yang psychedelic, bercerita tentang kekeliruan, hakikat, antara real dan surreal... Tapi, nampaknya, karya aku ni - termasuk le aku sekali - hilang dalam plot yang masih aku tak jumpa-jumpa! Ia sebenarnya dah berdenting dalam kepala otak aku sejak 1992 lagi...


Dengan working titlenya Alin, karya aku kat atas ni sebenarnya untuk diterbitkan sebagai buku. Dihasilkan pada tahun 1998, ia merupakan projek aku bersama kengkawan. Tapi tak sempat aku siapkan, walaupun storynya dah ada.
Okey, ini adalah karya aku yang tak bergerak-gerak sebenarnya! Mungkin aku konpius kot, sebab ada dua versi cerita dalam simpanan aku. Pada hal ideanya aku dapat dah lama - dah berbelas-belas tahun dah! Mungkin aku kena buat versi yang ketiga, baru dia nak bergerak kot?
Apa-apa pun semua karya aku ni - termasuk yang aku tak paparkan kat sini - aku suka. Mudah-mudahan satu hari nanti, andai diizinkan Allah, aku dapat siapkan jugak karya-karya aku yang terbengkalai ni!
Ada jugak sebahagiannya macam dah tak nampak cahaya di hujung terowong lagi dah..!

Ini adalah antara karya aku yang aku nak buat sangat-sangat! Karya yang psychedelic, bercerita tentang kekeliruan, hakikat, antara real dan surreal... Tapi, nampaknya, karya aku ni - termasuk le aku sekali - hilang dalam plot yang masih aku tak jumpa-jumpa! Ia sebenarnya dah berdenting dalam kepala otak aku sejak 1992 lagi...Apa-apa pun semua karya aku ni - termasuk yang aku tak paparkan kat sini - aku suka. Mudah-mudahan satu hari nanti, andai diizinkan Allah, aku dapat siapkan jugak karya-karya aku yang terbengkalai ni!
21 January 2010
PROJEK...
KAT Malaysia ni, kalau sekadar lukis kartun kat majalah atau akhbar, tak cukup. Kalau cukup pun, cukup-cukup makan je! Jadi, kalau nak jadi kaya, kenalah rajin cari projek - atau orang selalu sebut job - atau commission. Lainlah kalau dah hebat macam Lat. Sketching beliau saja pun orang beli beribu ringgit!
Kartunis pun jangan le cuma pandai lukis kartun je, tapi kena le tahu serba sedikit asas-asas melukis seperti anatomi badan, figure drawing, perspektif, foreshortening, composition dan lain-lain lagi. Idea pun kena banyak dan bagus. Satu lagi kena pandai le juga deal tentang projek - takut nanti kena kelepet!
Aku dulu ada le jugak beberapa projek yang aku buat dan dicommissionkan kat aku. Ada yang bayar, banyak le jugak yang tak bayar. Begitulah lumrah hidup...

Dua karikatur di atas, John Lennon dan Neil Young ni sebenarnya untuk sample je. Tapi masa tunjuk kat Aznie Dean, bekas editor majalah ROTTW, dia mintak aku bagi kat dia. Tak lama selepas tu, Aznie contact aku mintak aku lukiskan karikatur artis-artis Malaysia sebagai cover ROTTW yang menyambut ulangtahun ke-2. Dan dua karikatur ni pun tersiar di isu yang sama. Dan tak lama selepas tu, aku dimintak mengendalikan majalah Rottworld, majalah kartun berkonsepkan muzik yang pertama kat Malaysia!


Mood the 'Ud, salah satu karakter utama dalam majalah Rottworld. Aku pun tak pasti untuk apa ilustrasi-ilustrasi di atas ni aku buat. Barangkali untuk poster... Sekarang Rottworld dah diterbitkan semula dengan gaya baru. Tak ada sorang pun kartunis-kartunis kat situ yang aku kenal, kecuali DARD. Dan aku pun tak pasti sama ada karakter Mood the 'Ud ni masih ada lagi atau tidak kat Rottworld.
Ilustrasi di atas ni aku lukis untuk cover sebuah novel, Gerimis Di Hati, hasil karya ...ehmm... isteri aku!
Kartunis pun jangan le cuma pandai lukis kartun je, tapi kena le tahu serba sedikit asas-asas melukis seperti anatomi badan, figure drawing, perspektif, foreshortening, composition dan lain-lain lagi. Idea pun kena banyak dan bagus. Satu lagi kena pandai le juga deal tentang projek - takut nanti kena kelepet!
Aku dulu ada le jugak beberapa projek yang aku buat dan dicommissionkan kat aku. Ada yang bayar, banyak le jugak yang tak bayar. Begitulah lumrah hidup...
11 January 2010
RETROSPEKARTUN...
TU DIA! Tup-tup dah 10 hari dah 2010 berlalu! Apa yang berlaku dalam 10 hari yang lepas? Macam-macam... Tapi tak semua dapat kita follow sebab kita dok sibuk dengan diri kita - pasal kerja kita, pasal anak kita, pasal bajet kita - heheh!
10 tahun dulu hari ini - di mana aku? Apa yang aku buat? Rasanya aku memasuki fasa baru dalam hidup aku waktu tu - sama macam orang lain. Para pakar memanggilnya millennium...
Kalau 20 tahun dulu? 20 tahun dulu aku kat majalah Gelihati. Tenyeh kartun sana, tenyeh kartun sini. Hari-hari dok pikir pasal kartun! Tapi itu lebih baik daripada aku dok tenyeh benda lain!
Tapi apa pun, 10 tahun ka, 20 tahun ka, sama saja... Cuma 20 tahun dulu, blog dan Facebook belum wujud lagi. Tapi 10, 20 tahun dulu, kartun-kartun aku kat bawah ni dah wujud dah...
Original artwork aku yang berjudul Ketenteraman Fikiran. Masa ni tengah belajar tentang motivasi.
Serupa tapi tak sama! Karya aku yang berjudul Hanya Kita Yang Tahu - juga dari original artwork. Versi di sebelah kiri adalah yang mula-mula aku lukis menggunakan teknik wash. Versi di sebelah kanan dilukis kemudian dengan plain hatching. Tapi yang tersiar di majalah Gelihati adalah versi yang di sebelah kanan. Perbezaan yang lain terdapat pada karakter-karakter yang dilukis.


Tiga lukisan di atas ni adalah original artworks aku untuk majalah Gelihati. Ketiga-tiganya bertindak sebagai ilustrasi untuk artikel-artikel yang tersiar. Tapi semuanya isu global yang masih relevan sampai ke hari ini - kecuali yang last tu, heheh... tak lebih dari satu joke aje!
10 tahun dulu hari ini - di mana aku? Apa yang aku buat? Rasanya aku memasuki fasa baru dalam hidup aku waktu tu - sama macam orang lain. Para pakar memanggilnya millennium...
Kalau 20 tahun dulu? 20 tahun dulu aku kat majalah Gelihati. Tenyeh kartun sana, tenyeh kartun sini. Hari-hari dok pikir pasal kartun! Tapi itu lebih baik daripada aku dok tenyeh benda lain!
Tapi apa pun, 10 tahun ka, 20 tahun ka, sama saja... Cuma 20 tahun dulu, blog dan Facebook belum wujud lagi. Tapi 10, 20 tahun dulu, kartun-kartun aku kat bawah ni dah wujud dah...
Serupa tapi tak sama! Karya aku yang berjudul Hanya Kita Yang Tahu - juga dari original artwork. Versi di sebelah kiri adalah yang mula-mula aku lukis menggunakan teknik wash. Versi di sebelah kanan dilukis kemudian dengan plain hatching. Tapi yang tersiar di majalah Gelihati adalah versi yang di sebelah kanan. Perbezaan yang lain terdapat pada karakter-karakter yang dilukis.24 December 2009
PSYCHEDELIC, SURREALISM & ABSTRAK...
DI BAWAH ni adalah sebahagian lagi lukisan aku yang melampau-lampau dan pelbagai... sebab... kita tak boleh le cuma tau main muzik metal je... Blues, reggae, folk, dangdut dan yang lain-lain tu kena tau jugak...
Satu lagi potret Tiara Jacquelina yang aku hasilkan (Macam tak dak model lain pulak!).
Zaman rock kapak memang satu nostalgia pada ramai orang. Pengaruhnya sangat kuat sampai aku pun terbawak-bawak dalam lukisan aku. Di atas ni adalah salah satu contoh - lukisan Man Kidal tengah dok gigit gitar.
Self-potrait aku yang psychedelic ala Peter Max.
Surrealism - satu lagi cabang seni yang aku suka. Aku mula tertarik dengan surrealism bila first time menatap cover album kumpulan Kembara dulu yang dilukis oleh S. Amin Shahab. Dari situ aku mula study apa itu surrealism dan mengenali beberapa orang artis yang terkenal dengan style macam tu seperti Salvador Dali dan Max Ernst. Lukisan aku kat atas ni adalah yang bersifat macam tu dengan elemen-elemen yang lebih merujuk kepada diri aku sendiri.
Tiga lukisan di atas ni lebih kepada cubaan aku untuk bereksperimentasi dengan tone warna. So, sebab itu aku namakan ketiga-tiganya Tanpa Tajuk I, Tanpa Tajuk II dan Tanpa Tajuk III.
Ini adalah painting aku yang terlalu abstrak, terlalu heavy, terlalu dark dan menyerabutkan minda! Jadi untuk sesuaikan dengan semua tu, aku bubuh nama painting aku ni Kronik!
Tiga lukisan di atas ni lebih kepada cubaan aku untuk bereksperimentasi dengan tone warna. So, sebab itu aku namakan ketiga-tiganya Tanpa Tajuk I, Tanpa Tajuk II dan Tanpa Tajuk III.16 December 2009
SKETCH BOOK...
KAWAN aku pernah bercerita kat aku tentang sketch book. Katanya setiap pelukis harus ada sketch book. Sebabnya, kat sketch book itulah kita melahirkan idea-idea kita - idea yang best dan idea yang tak best. Selalu-selalulah menconteng kat sketch book tu, kerana akhirnya kita mungkin akan dapat apa yang kita cari.
Kawan aku bercerita tentang beberapa orang pelukis terkenal - bagaimana orang mahu membeli sketch book diorang dengan harga yang tinggi. Kadang-kadang lebih tinggi dari harga karya yang dipamerkan. Tapi jarang ada yang nak jual. Mengapa sampai begitu sekali? Sebab di sketch book diorang ada banyak idea-idea yang boleh dimanipulasikan untuk keuntungan!
Sekali lagi, kat bawah ni, beberapa lagi petikan dari sketch book aku yang tak diterbitkan...
Quick sketching aku tentang dua orang anggota kumpulan Skid Row; gitaris Scotti Hill (atas) dan vokalis Sebastian Bach.
Paul McCartney, bekas anggota kumpulan The Beatles. Aku salin potret ni dari majalah Rolling Stone.
Kawan McCartney, John Lennon, juga bekas anggota The Beatles.
Strawberry fields forever... John Lennon lagi...
Tadi anggota kumpulan, sekarang kumpulannya - The Beatles. Gambar ni aku draw balik dari cover kaset Let It Be diorang.
Karikatur - satu cabang seni yang aku minat jugak. Seingat aku, masa paling banyak aku lukis karikatur ialah ketika mengendalikan majalah Rottworld dulu. Yalah, masa tu banyak kena lukis muka pemuzik-pemuzik dan penyanyi-penyanyi handalan kita, sebab kena buat cerita diorang. Karikatur kat atas ni adalah pada masa-masa tu. Dari kiri; bekas presiden Amerika Syarikat, Abraham Lincoln, bekas perdana menteri Britain, Margaret Thatcher dan Albert Einstein.
Satu malam, aku tak lena tidur. Aku capai sketch book aku dan terus menconteng-conteng. Hasilnya adalah ini...
Kadang-kadang aku tak lukis pun kat sketch book. Janji ada kertas yang OK, kat situlah aku sketching... Potret Scotti Hill dan Sebastian Bach kat atas tu sebenarnya aku lukis atas kertas lain.
Kawan aku bercerita tentang beberapa orang pelukis terkenal - bagaimana orang mahu membeli sketch book diorang dengan harga yang tinggi. Kadang-kadang lebih tinggi dari harga karya yang dipamerkan. Tapi jarang ada yang nak jual. Mengapa sampai begitu sekali? Sebab di sketch book diorang ada banyak idea-idea yang boleh dimanipulasikan untuk keuntungan!
Sekali lagi, kat bawah ni, beberapa lagi petikan dari sketch book aku yang tak diterbitkan...
Kadang-kadang aku tak lukis pun kat sketch book. Janji ada kertas yang OK, kat situlah aku sketching... Potret Scotti Hill dan Sebastian Bach kat atas tu sebenarnya aku lukis atas kertas lain.
Subscribe to:
Posts (Atom)
