25 June 2012

KEMBALI KE MASA HADAPAN...

DAH lama aku tak turun ke program seperti ini. Program untuk kartunis dan dunia kartun. Jadi bila ada seorang bernama Roslan dari Konsortium Cartoonist At Work (CAW) menghubungi aku, aku jadi terkejut jugak. Lagi terkejut bila dia menyebut nama Scorpyan. Sebenarnya, dah lama aku tak menggunakan nama tu. Aku lebih selesa sekarang dengan nama Sofian Ishak.

Aku bagi tahu dia yang aku dah lama tak aktif. Dia kata tak kisah. Sekadar datang meramaikan pun dah cukup. Siap dia tanya saiz t-shirt aku lagi! Hahaha! Tak palah, mungkin aku boleh jumpa kawan-kawan lama… Lagipun program tersebut diadakan di Central Market (Pasar Seni), satu tempat yang ada nostalgianya buat aku.

Maka pada 24 Jun 2012, hari Ahad, aku pun turunlah ke CM menjenguk program ini. Nampaknya ia event yang besar. Ia bukan saja melibatkan para kartunis, tapi juga animator, pelukis komik dan para penggiatnya. Malah ia melibatkan Perdana Menteri.

Menakjubkan, orang pertama yang aku terjumpa ialah Aloy. Memang dah lama sangat aku tak jumpa dia. Bukan dia saja, malah rakan-rakan kartunis yang lain.

Aloy suruh aku daftarkan diri dulu. Lalu aku jumpa Tazidi dan memperkenalkan diri. Tazidi kemudian bagi aku borang untuk diisi. Malah Tazidi, jugak Aloy suruh aku conteng sikit kat kain rentang di situ. Aloy siap hulurkan pen! Tapi aku tolak dengan alasan aku dah lama tak aktif - takut jadi lain pulak melukis tengah crowd macam tu… Kalau nak lepas gian, mungkin boleh.

Selepas itu aku terjumpa Gayour dan beberapa orang lagi rakan kartunis. Sempat le bergambar dengan depa. Dulu-dulu susah sangat nak bergambar macam ni. Tapi ada jugak yang tak dapat, terutama yang betul-betul terlibat dengan program tu. Rupa-rupanya Gayourlah yang bagi contact number aku kat CAW. Terima kasih banyak-banyak, sahabat...

Apa yang aku lihat daripada event ini, dunia kartun dah tak macam dulu lagi. Ia nampaknya dah diiktiraf (walaupun aku masih sangsi lagi…). Ada anugerah untuk penggiat. Ada sumbangan untuk yang kurang sihat. Ada peruntukan untuk para kartunis bergerak melakukan aktiviti.

Dengan peluang yang diberi, ditambah dengan kemudahan teknologi sekarang ini, harap-harap depa jugak diberikan kebebasan untuk berkarya. Janganlah pulak terlalu mengongkong sangat dengan tema dan syarat yang ditentukan. Itu semua boleh membunuh kreativiti depa dan membuatkan depa rasa bosan.
Apa pun, semuanya terpulang kepada kartunis-kartunis itu sendiri.

Harap-harap jugak, depa yang diberi peluang tu dapat menggunakannya dengan baik. Jangan nanti dah habis 1 juta pun, projek masih terbengkalai. Hahaha!
Terima kasih kepada CAW yang menganjurkan event ini, jugak kepada Pekartun, Animas, Pekomik dan MCP.
Hmm, nampaknya aku kena beli semula peralatan melukis aku yang dah pupus…

 

Bergambar bersama Aloy. Dah lama sangat aku tak jumpa kawan baik aku ni...


Suasana sekitar pukul 4 petang...


Kain rentang untuk sapa-sapa yang sudi melakar barang sekartun dua...


Bersama Tazidi, Presiden Pekartun dan salah sorang otai yang hadir...


Jumpa kawan baik gua dulu dan sekarang, Gayour. No mistaken identity anymore!


Dari kiri; Maro, Bidi (ex-Batu Api), gua, Miki dan Lothfi.


Bidi dan Miki nampaknya maintain mcm dulu... Kiri; Maro. Kat belakang; Sireh. Tak sempat bergambor dengan beliau, cuma sempat salam je...


Gayour dan Aloy tengah berbincang - nak lukis karikatur paling cantik ke atau yang paling buruk...


 Gayour (dalam hati): Idea...idea... datang le, datang le...
Aloy (dalam hati): Hantam saja laa...


 Imuda belum dapat part yang betul untuk start...


Imuda: Hah! Lukis spek dengan mata dulu laa...


Gayour start dengan lukis telinga dulu...har har har!


Komikus Reja Mos dengan seorang peminat...


Komikus Bophairy bergambar dengan peminatnya...


Datuk Lat dianugerahkan Kartunis Sepanjang Zaman...


Bersama Endegedek (ex-grafik Creative Enterprise), Azmi Bahari aka Rambut (ex-editor majalah Fantasi) dan Bidi (ex-Batu Api)...


Roslim datang memeriahkan suasana... Tengok le, Rambut begitu happy sekali!


Bergambar kenang-kenangan dengan pencipta Zack Kapcai, Roslim. Belakang, kanan; Bidi tengah dok usha awek...


Zainal Buang Hussein sedang menerima anugerah.


Sireh happy karikaturnya dipilih PM sebagai the best...


Akhirnya dapat jugak aku berjumpa dengan living legend ni, Fatah, pencipta Lagak A Mamud - salah sorang influence aku... Ramai yang lebih kenal beliau sebagai kartunis, sedangkan bakatnya lebih daripada itu. Aku lebih senang melabelkan beliau sebagai seniman...


Taugeh sedang explain animasinya, Aku Budak Felda kat PM. Kelihatan jugak Tazidi, Reggie Lee dan Mishar...


Yang berdiri kat tengah tu, kalau kat Facebook pakai nama Bryan Adam. Masa handle Rottworld dulu, aku pernah siarkan kartun dia dengan byline Badut - masa tu dia masih sekolah lagi... Ini le first time aku jumpa dia.


Sekali-sekala berjumpa... Dari kiri; Hamdan MS (editor Sukanmania), Jaafar Taib - one of my great influence, Roslim, gua dan Bryan Adam Ahmad...


Seperti biasa, Datuk Lat jadi tumpuan media...


Booth Persatuan Animasi Malaysia (Animasi)...


Gayour sedang mendengar penjelasan bagaimana cara yang betul untuk makan kuih di sebelahnya...


Sebelum aku balik, terjumpa dengan Jau yang memang dah lama tak ketemu...