16 December 2009

SKETCH BOOK...

KAWAN aku pernah bercerita kat aku tentang sketch book. Katanya setiap pelukis harus ada sketch book. Sebabnya, kat sketch book itulah kita melahirkan idea-idea kita - idea yang best dan idea yang tak best. Selalu-selalulah menconteng kat sketch book tu, kerana akhirnya kita mungkin akan dapat apa yang kita cari.

Kawan aku bercerita tentang beberapa orang pelukis terkenal - bagaimana orang mahu membeli sketch book diorang dengan harga yang tinggi. Kadang-kadang lebih tinggi dari harga karya yang dipamerkan. Tapi jarang ada yang nak jual. Mengapa sampai begitu sekali? Sebab di sketch book diorang ada banyak idea-idea yang boleh dimanipulasikan untuk keuntungan!


Sekali lagi, kat bawah ni, beberapa lagi petikan da
ri sketch book aku yang tak diterbitkan...

Quick sketching aku tentang dua orang anggota kumpulan Skid Row; gitaris Scotti Hill (atas) dan vokalis Sebastian Bach.


Paul McCartney, bekas anggota kumpulan The Beatles. Aku salin potret ni dari majalah Rolling Stone.
 Kawan McCartney, John Lennon, juga bekas anggota The Beatles.
 Strawberry fields forever... John Lennon lagi...
 Tadi anggota kumpulan, sekarang kumpulannya - The Beatles. Gambar ni aku draw balik dari cover kaset Let It Be diorang.
 Karikatur - satu cabang seni yang aku minat jugak. Seingat aku, masa paling banyak aku lukis karikatur ialah ketika mengendalikan majalah Rottworld dulu. Yalah, masa tu banyak kena lukis muka pemuzik-pemuzik dan penyanyi-penyanyi handalan kita, sebab kena buat cerita diorang. Karikatur kat atas ni adalah pada masa-masa tu. Dari kiri; bekas presiden Amerika Syarikat, Abraham Lincoln, bekas perdana menteri Britain, Margaret Thatcher dan Albert Einstein.
 Satu malam, aku tak lena tidur. Aku capai sketch book aku dan terus menconteng-conteng. Hasilnya adalah ini...

Kadang-kadang aku tak lukis pun kat sketch book. Janji ada kertas yang OK, kat situlah aku sketching... Potret Scotti Hill dan Sebastian Bach kat atas tu sebenarnya aku lukis atas kertas lain.

10 comments:

Yatt said...

Hang mmg hebat la pyan. Aku buat karikatur mmg x reti lnsg. Kartun bodo2 buleh la.

gayour said...

syabas encik pyan kerana trus melakar pasal tak bleh tido!

Sofian Ishak said...

Yatt;
Gua masih belajar lagi... x tau sampai bila...

Weii, Gayour;
Kadang2 gua melakar dalm tido jer...

azmietaha said...

SKETCH BOOK kalau kena gaya boleh publish dan make money.... itupun kalau ada kesungguhan dan keazaman yang tinggi. BERANI MATI bib!

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Haris Zalkapli said...

Laa, apasal letak banyak2, nanti ada orang tiru dan eksploit untuk buat keuntungan. Aku pun dah save gambar Lennon tu : )

Sofian Ishak said...

Haris;

Ambik le... Aku x kisah, sbb yg ori aku pegang...

maafaku said...

salam, u ke kartunis gelihati, fan lefthanded tu? kalau btl..dari kecik..saya mmg gelihati craze...nak2 u punya karya..now dah tua pun..teringat2..nothing is as classic as gelihati..dulu gayour pun lukih kat situ kan? especially yang ada case couple background lagu pencinta..lefthanded..u shud do more of those..bring memories..

Anonymous said...

Nice staf, men! Thank4post
http://teodosdersto.chez.com/skachat-besplatnie-programmi-dlya-video/skachat-s-foruma-programmu-kalibrovok-vpriska-chip-tyuning-pro.html

http://liropwieknif.chez.com/programmi-besplatno/262.php

Free Antivirus Download said...

these sketches are like as original pictures. free antivirus download